Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Monday 17 December 2012

Abi dan Anak2

Dah 2 minggu kami 3 beranak di Johor Bahru (me and the two sons). Dah PJJ sekarang kan? This week we all habiskan masa di Kuantan. Menemani abi yang sedang kedemaman disebabkan sakit gigi (ke rindu kat anak2??? emmm)...

Drive sendiri dengan anak2 bersama makcik dan adik dari JB ke Kuantan. Ambil masa kat +- 8 jam juga. Selama ni sekejap je sebab cik abang yang bawa, kali ni sebab driver dua2 perempuan plus dengan hujan lebat separuh perjalanan, tak boleh la nak bawa laju2.

Now at home, sedang melihat telatah abi dan anak2. Melepaskan kerinduan bersama2. Minggu depan dah nak ke JB semula. Sabarlah ye abi, syabeel dan zhofeer. 3 tahun ni macam ni lah kehidupan kita sekeluarga. Travel ulang alik... Penat tengok anak2 membesar kat dalam kereta. Nanti masuk rumah baru pun, abi je lah penghuni tetap.

Ya Allah, permudahkanlah jalanku untuk menamatkan pengajian dengan jayanya dan pada masanya. Semoga segala pengorbanan kami ini, membuahkan sesuatu yang manis untuk kami sekeluarga... AMEEN

Wednesday 12 December 2012

Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)

Cinta hati saya yang terbaru. Baru pun tak lah baru sangat, dan kalau nak kata lama tu, tak lah lama sangat. Tapi produk Shaklee yang inilah yang membuatkan saya jatuh cinta terus dengan produk2 lain. Kalau saya tau, dah lama saya lagi agaknya saya consume ESP ni.

Saya memang penggemar setia soya, apa2 yang ada kaitan dengan soya semua saya suka. Saya suka minum air soya, saya gemarkan tauhu dan saya memang cintan habis dengan tempe. Sejak dari kecik lagi memang tempe makanan favorite saya. Sampai abah saya panggil saya minah jawa. Lagilah masa saya buat degree dan masters dulu kat Parit Raja, Batu Pahat. Tu pasal gelaran minah jawa tu tak tinggal.

Disebabkan saya ni suka sangat minum soya, dan ramai pula yang bagitau kalau pregnant, bagus minum soya, saya minta hubby saya belikan soya berkotak2. Sampai sebab dah selalu sangat minta susu soya, hubby saya belikan satu carton soya y***s sekaligus. Itu dalam masa seminggu setengah dah habis. (Saya citer ni masa saya pregnant anak sulung saya yang dah saya tunggu 6 tahun kelahirannya --- MY IVF BABY).

Itu citer lama la kan. Anak saya yang sulung ni pun dah nak masuk 3 tahun tahun 2013 nanti. (Cepat je anak ibu ni besar ye)...

Tajuk ESP, citer dah melalut kat mana2 dah. Anyway, saya kenal ESP Shaklee sebelum bersalin anak yang kedua. Itu pun sebab kawan2 kat FB duk promote kebaikan2 dia. Niat beli ESP ni dulu sebab nak bagi tenaga untuk saya yang sedang sarat mengandung nak puasa ganti. Alhamdulillah. Rasa la kebaikannya, walaupun tak habis pun puasa ganti tersebut.


Apa tu ESP?

ESP adalah minuman protein soya dari Shaklee. ESP ni dah diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat extensive lagi comprehensive. Soya yang digunakan untuk ESP ni adalah non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang diproses pada suhu yang rendah dan tidak dibasuh dengan alkohol. 1 canister ESP seberat 850 gram ni, dihasilkan daripada 30kg soya. Selain daripada itu, ESP Shaklee merupakan satu2nya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia (perlu diambil dari makanan) --- jadi macam mana kita nak pastikan semua 9 asid amino tu kita ambil bila kita makan?

Pada saya, ESP ni adalah makanan asas untuk kita mengambil vitamin2 yang lain. (saya tak cakap orang lain, ini memang pandangan saya semata2). Sebab protein adalah asas atau bahan utama dalam pembentukan organ dalam  badan kita manusia. Senang cakap, protein ni adalah building block kepada tubuh manusia. ESP ni dapat memberikan tenaga straight to the cell. Ini disebabkan oleh 9 asid amino tadi, (btw, asid amino adalah bentuk protein paling ringkas), jadi ESP lebih mudah untuk diserap oleh badan untuk pembinaan sel-sel baru, tisu, otot dan organ badan. Bila sel2 dalam badan sihat, memang memudahkan penyerapan vitamin2 lain untuk berfungsi dengan optima pada badan. So nak amik vitamin2 lain, tak le terasa ruginya.

Alhamdulillah, dari pregnant minum ESP sampai la anak dah nak 5 bulan ni, badan saya tak terasa penat, walaupun saya sering berpuasa Isnin dan Khamis dan fully breastfeed my youngest (menggantikan puasa yang tertinggal sebelum dan selepas bersalin hari tu --- penangan bersalin 1 minggu sebelum Ramadhan). Saya rasa kekal bertenaga dari pagi sehingga malam. If before tidur saya minum ESP, mudah saya nak bangun paginya sebab badan memang rasa segar.

Cerita bestnya, masa saya nak bersalin Julai lepas (tak rasa sakit, sebab saya ada PIH - pregnancy induced hypertension, so kena induced week 38 - kira pi serah diri la), saya bawa bekal ESP untuk kegunaan di hospital. Pagi kena induced tu, saya amik segelas. Rasa sakit nak bersalin tu start around jam 8 malam. Betul2 contraction dalam pukul 10 mlm. Saya masuk labour room pukul 11.29 malam dengan bukaan 4 cm dan baby keluar 11.59 malam. Kelahiran ni dikira sebagai kelahiran pertama sebab yang si abang lahir secara C-sect. (Adik lahir secara normal ye)... Untuk 1st timer mcm saya ni, saya tak rasa penat, walaupun tak pandai nak kawal pernafasan masa nak push baby keluar. Adakah ini disebabkan ESP? Allah maha mengetahui...

Alhamdulillah, rezeki anak, lepas bersalin tu terus keluar susu dan sampai sekarang pun supply susu saya pada baby juga bertambah, kalau lambat pam, sakit jadinya. Susu yang dipam lebih pekat dan nampak macam formula milk (saya selalu duk eskperimen kat diri sendiri, bila minum macam mana, bila tak minum apa kesan dia)...

Bukan rasa segar je, selain dari tu, saya dapat rasakan perbezaan pada kulit saya. Rasa kulit semakin halus dan gebu, sehalus dan segebu kulit baby. Sebab sel pada kulit sentiasa diperbaharui. Saya juga terkejut, selulit pada lengan saya pun macam dah tak de. Kuku dan rambut saya pun semakin berkilat. Tapi yang paling penting, tekanan saya kurang. Dengan kerenah abang yang mahukan perhatian, yang kadang-kadangnya menguji  kesabaran, hehehe... Alhamdulillah... sekarang kalau dia buat hal, takde la saya menjerit2 marah. Senyum and gelak je. (sebab saya ada ambil vitamin yang lain juga selain ESP). Memang terasa perbezaannya di situ.

Bukan saya saja, disebabkan saya fully breastfeed adik, baby boy yang sememangnya diketahui kuat menyusu, anak saya cepat rasa kenyang bila minum susu. Tidur malam memang lena dan hanya akan bangun menyusu bila dah dekat nak subuh (suruh ibu dia bangun subuh la). Kulitnya yang gebu tu, bertambah gebu, dan badannya makin montel.


Gambar masa Hari Raya Aidiladha baru2 ni. Tu baby saya baru 3 bulan, tembamkan?


Ini kira testimoni saya sendiri la juga ye untuk ESP. Next2 entry nanti saya bagi lagi testimoni untuk yang lain2. (sekarang tengah bercollagen... kan promo disember ni...)

Jika berminat nak cuba, boleh hubungi saya di:
FB: Masherna Mustafa
Page: www.facebook.com/shakeezmomeshoppe
Email: mashernamustafa@yahoo.com
SMS/Call: 0199873748

jangan segan2 tau!!!

Tuesday 11 December 2012

Dalam Lab Sorang2...

hehehe... 1st time duk dalam lab ni sorang2. Hari ni rakan lab Rina, kena p dengar talk pasal speech.

Banyak menda nak kena settle. Maklumlah dah tua-tua ni sambung belajar. Otak pun dah berkarat. Lambat sikit la nak polish bagi berkilat balik. Time nak buat reading ni la banyak betul dugaan. Lagi-lagi belajar sorang2. Tak mengikuti mana-mana kelas. Research semata. Kalau tak kuat semangat memang tak leh buat la. Mcm saya sekarang ni, duk karang entry.

Ok tak leh panjang2. Nak kena baca manual untuk guna alat ni. Sat gi datang Dr supervisor, kena tanya tak tau apa2... (Ya Allah, permudahkanlah pemahaman aku, hamba yang selalu terlupa ini... AMEEN)

Sunday 9 December 2012

Pengambilan Vitamin Shaklee Semasa Mengandung Untuk Kesihatan Ibu dan Baby


Tu dia!!! Panjang betul tajuk entry kali ni. Sebab dah lama tak update blog pasal Shaklee, membuatkan tajuk kali ni panjang berjela... :p

Ibu mengandung, dietnya perlu dijaga dengan rapi. Kerana di saat2 ini, si ibu bukan sahaja perlu menjaga kesihatan dirinya malah kesihatan bayi yang dikandungi juga perlu diberikan perhatian. Apa kata pakar boleh dirujuk pada entry saya sebelum ini.

Shaklee sebagai sebuah syarikat yang telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semula jadi yang terulung di dunia sejak 5 dekad yang lalu, telah menghasilkan pelbagai vitamin yang sesuai diambil oleh ibu2 hamil. In syaa Allah dengan pengambilan supplements ini, kesihatan ibu dan bayi akan sentiasa berada dalam keadaan tip top.

Antara supplements untuk wanita hamil adalah seperti berikut:


Trimester pertama:

VitaLea – adalah multivitamin yang pertama dicipta di dunia. Ianya adalah pelengkap nutrisi yang diperlukan oleh badan. Selain menyediakan asas nutrisi, ia juga bertindak untuk memastikan pertumbuhan sel baru, membantu proses tumbesaran dan melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik –membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening dan keletihan. Juga membantu pembinaan DNA, sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau ulang belakang.

Vita Cmeningkatkan sistem imun tubuh dengan membantu sel darah putih untuk menentang bakteria dan kuman selain berguna untuk mencantikkan kulit.

Ostematrix (kalsium) – menghalang osteoporosis, memperbaiki kekejangan dan kebas2 yang selalu berlaku kepada ibu hamil. Selain itu, ia juga dapat mengimbangi tekanan darah, memelihara denyut jantung dan menggalakkan tidur yang selesa.

Dan ketika berada di trimester kedua dan ketiga, boleh ditambah satu lagi supplement iaitu

Omega GuardDHA adalah nutrient utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir kehamilan dimana otak janin sedang berkembang dengan pesatnya.


**Disclaimer
Segala testimoni yang dikongsi  di sini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh, menganalisa apa jua penyakit / masalah. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan diruangan comment di bawah, atau melalui cara2 berikut:

FB: Masherna Mustafa
SMS / Call: 019-9873748

Sunday 2 December 2012

December!!! Bulan Collagen Powder Shaklee


Collagen… Balik2 collagen… Sat gi pun citer collagen… Nampak gayanya bulan Disember ni penuh blog saya ni dengan cerita2 atau info2 pasal Shaklee Collagen Powder. Maklumlah bulan Disember ni Shaklee buat promo untuk Collagen Powdernya.  

Saya ni sebenarnya baru nak try guna salah satu produk Shaklee yang hot ni. Setakat ni tak sampai lagi satu kotak, tapi kesannya saya dah boleh nampak dan rasa. Saya ni bermata ‘panda’ dan kulit saya jenis combination. Sekarang ni saya dah rasa kulit pipi saya makin licin dan rasa moistMata ‘panda’ saya pun beransur hilang

Entry kali ni saya nak share sikit pasal collagen dan apa kesan2 kehilangan collagen dalam badan.

Collagen? Apa tu?
·      Collagen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligament, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Lebih kurang 72% daripada kulit dan 80% daripada tulang kita adalah terdiri dari collagen. Kornea mata kita juga adalah collagen.

·      Collagen berfungsi untuk melindungi organ, perut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, sel2 otak dan lain-lain. Jadi tidak hairanlah collagen banyak membantu kecantikan dan kesihatan, mengekalkan badan yang muda, anti penuaan,menegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan.

Yang kat gambar bawah tu macam kulit saya la. Berazam nak jadi yang atas semula!!!

So apa kesan-kesan kehilangan collagen?
·      Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung
·      Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eye bag), penglihatan kabur
·      Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan
·      Gusi yang tidak sihat
·      Garis halus kelihatan pada leher
·      Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan lebih tua daripada usia sebenar, organ dalaman tidak berfungsi  dengan berkesan
·      Payudara dan punggung kelenturan
·      Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
·      Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan

Ada ke yang mengalami masalah-masalah di atas? Apalagi… JOM try THE BEST COLLAGEN POWDER (by Shaklee of course)

Saturday 1 December 2012

Gila Collagen Powder Shaklee

Pagi-pagi buta ni duk buat entry pasal Shaklee... hehehehe...
Mana taknya, baru je saya submit progress report utk semakan supervisor saya. Ingatkan nak check fb kejap sebelum ajak si syabeel (anakku yang nak masuk 3 tahun ni) tidur. Dah check fb, adik seofis dan seShaklee postkan bulan Disember ni bulan collagen Shaklee. Buy 6 free 1 tu. Dah la sekarang ni saya sedang berkolagen. Nampak gayanya untung la bulan ni, nak dapat kolagen murah. Alhamdulillah!!!

Shaklee Collagen Powder dalam Majalah iSihat Sept 2012

Sesiapa yang teringin nak try Shaklee collagen powder, this month memang perfect timing la ye... PM untuk details ye.

FB: Masherna Mustafa
Page: www.facebook.com/shakeezmomeshoppe
Email: mashernamustafa@yahoo.com
SMS/Call: 0199873748

Thursday 29 November 2012

Berblogwalking

Org lain dah lama berblogwalking, aku baru terhegeh2 nak berblog... hehehehe...

hari ni baru la dapat nak buat entry. anak2 tidur awal la hari ni (don't get your hopes up... sat lagi ada yang terjaga, and sampai esok pagi baru nak tidur balik)... tidur la anak2 sampai esok pagi. bagi la peluang kat ibu duk depan komputer lama2 sikit...

seronok juga ye berblogwalking ni. actually dulu selalu sangat gi merayap kat blog2 orang and baca kisah2 depa, tapi tak pernah nak amik tau pun itu namanya blogwalking... now i know... so kepada kawan2 baru yang jumpa kat blog, jangan lupa tinggalkan link supaya mudah saya nak visit back.

tak leh nak buat entry panjang2 kali ni. sbb progress report perlu disiapkan before sunday. walaupun baru je register 2 november hari tu, tak sampai sebulan pun, report kena submit untuk dinilai.... semoga dapat markah tinggi ye... doakan saya...

Friday 23 November 2012

Orang Suruh Lain, Lain Yang Dibuat

Salam semua...

Dah berapa minit dah nak mengarang entry hari ni. (Nampaknya ni entry pertama yang takde kena mengena ngan vitamin shaklee.)

Actually tengah struggle paksa diri untuk memula journey sebagai seorang student semula. Kalau dulu belajar takde la rasa payah sangat sebab perlu ke kelas. Tapi sekarang solely based on research, disiplin diri sangat penting. Masih mencari kekuatan untuk buat reading. Dengan dugaan jauh dari hubby and two active sons kat sini (2 years 8 months Syabeel and 4 months Zhofeer)...

Reading tak start lagi nih... Duk update blog pulak...

Thursday 22 November 2012

Supplement: Apa Kata Pakar?

Siapa tak kenal dengan Dr Hamid Arshat kan? Ke masih ada yang tak kenal dengan beliau? Beliau adalah pakar sakit puan yang sememangnya terkenal di Malaysia.

tak perlu rasanya saya panjangkan entry ini, apa kata kita baca keratan daripada FB beliau.


Boleh hubungi saya untuk consultation percuma produk Shaklee.

FB: Masherna Mustafa
Email: mashernamustafa@yahoo.com
SMS/Call: 0199873748
FB Page: www.facebook.com/shakeezmomeshoppe

Monday 12 November 2012

Vitamin Stress

"Tenang je akak, tak stress ke kerja bertimbun ni?"
"Ko ni aku nampak rilek je yek?"
"Wah ibu!!! Anak duk jerit-jerit ni, ibu tak nak join jerit macam biasa ke?"

Hehehehe... Tersengih je la dengar komen-komen macam ni. Lagi-lagi komen cik abang. Mana tak nya, sebelum-sebelum ni kalau anak ku si Syabeel menjerit-jerit sebab Ipadnya lambat loading, ibu pun ikut sama jerit. Perang jerit anak ngan ibu kat umah yang kecik ni. Kalau kat luar, nampak benda-benda yang menaikkan stress, rasa macam nak tergelak pun ada.

Jawapannya... Saya mengamalkan supplement Shaklee yang selamat dan terbukti berkesan dengan ujian klinikal yang dijalankan ke atas produk-produknya. 

Meh saya terangkan sikit pasal supplements yang saya amalkan ni ye...

My Stress Buster

  1. Energizing Soy Protein (ESP) - 1 1/2 sudu in the morning, mix with my favourite drink. Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan. ESP juga membantu merendahkan paras kolestrol.
  2. Vita-Lea - 2 tablets after breakfast. Pelengkap nutrisi yang memastikan pengambilan nutrisi harian lengkap. Juga bertindak sebagai pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  3. B-Complex - 1 tablet after breakfast. Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  4. Sustained Release Vita C 500mg - 1 tablet after lunch. Mampu mengurangkan kolestrol dan tekana darah serta mengekalkamn kapilari darah yang sihat. Selain itu dapat mengukuhkan sistem imun badan.
  5. Ostematrix  - 4 tablets before bed. Meringankan stress dnegan mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf. Ianya juga menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga baik untuk memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.


Gabungan supplements di atas memang terbukti dapat menangani stress dalam hidup saya. Tak perlulah lagi rasa tertekan, hilang mood dan sewaktu dengannya. Setiap hari dapat ditempuhi dengan ceria. Anak-anak pun rasa gembira, apatah lagi cik abang sayang...

Friday 9 November 2012

Why Do We Need Supplement???

Assalamualaikum w.b.r dan salam ceria all...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat Baginda.

Ini mungkin soalan asas yang kebanyakan orang akan tanya. In fact, saya juga selalu tanya soalan yang sama kepada diri sendiri bila tiba bab-bab nak beli makanan tambahan. "I feel fine. Why would I need to take anything?" Beli utk anak pun biasanya duk fikir, daripada bagi makan gula-gula, baik vitamin...

Nak kata saya ni expert pasal bab supplement ni, no no no no no... jjjaaaaauuuuhhhhh sekali. saya ni budak engineering, bukan dietitian... tapi lepas cuba sekali, terus terjebak dan mula la saya buat research sikit2...

So now let me tell u why do we need supplement?


  • Environmental Pollution

Lets face it, sekarang ni kita tak lagi duduk di kawasan persekitaran yang ideal, di mana udaranya bersih dan sumber airnya yang tidak tercemar. Kajian telah dijalankan di US yang mendapati bahawa 7.1 billion pounds of 650 different chemicals telah dilepaskan dalam air dan juga udara - dan sejumlah 266 bahan kimia tersebut dikaitkan dengan kecacatan yang terjadi pada bayi yang baru lahir. 1

Dan jarang sekali kita jumpa atau terdengar tentang pekebun atau petani yang tidak menggunakan racun serangga untuk sayuran yang mereka tanam. (Lainlah kalau kita sendiri yang tanam sayur atau ternak sendiri binatang ternakan untuk dijadikan sumber makanan kita). Sumber makanan kita: sayur, buah, ayam, daging dll telah terdedah dengan pencemaran ini. 

Mungkin akan ada yang cakap, kami hanya makan makanan organik. Well, oklah... tapi...??? 
(sila baca point yang seterusnya...)

  • Lost of Nutrients in Food

Tahukah anda, proses yang diambil untuk makanan kita sampai dimeja hidangan akan mengurangkan nutrisi yang ada di dalamnya? Hehehehe.... saya pun baru tahu. Saya memang seorang yang sangat 'rajin' nak masak. Kalau selongkar fridge saya, hehehe, banyak processed food sebab senang dan cepat nak masak. Tuaian awal sahaja, makanan kita boleh kehilangan 25% zat di dalamnya 2.... Itu belum lagi yang part pemprosesannya... and then cara kita masak. Kebanyakan rakyat Malaysia, tends to eat food for taste. Maksudnya, tak kisah la masak macam mana, janji SEDAP!!!


  • Leading Unhealthy Lifestyle

Admit it, sekarang ni payah (bukan tak boleh), payah untuk menjalani kehidupan yang sihat. Walaupun bukan firsthand, tempiasnya pun terkena juga kat kita. Tak caya? Cuba tengok sekeliling kita. Walaupun kita bukan perokok, orang di sekeliling? Dah tau kan public places adalah kawasan larangan merokok, tapi... ada depa kisah? Tak pasal-pasal kita ngan anak2 jadi secondary smoker. Bukan setakat had bab-bab merokok, cara pemakanan kita pun memainkan peranan. Fast food sana, fast food sini... Banyak sangat junk  food and very high fat diet. Dah makan-makan yang fast tu, tak pulak nak fast2 pi exercise kan? kan???

1 - Laporan US Environmental Protection Agency (2002)
2 - Why Do I Need Supplement - Dr Bruce Miller

Monday 29 October 2012

I'm Your Shaklee Independent Distributor

Assalamualaikum w.b.r. and salam ceria all.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w beserta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda s.a.w. ...


Welcome!!! Welcome!!! Welcome!!! to my blog. I dedicate this blog to my new love... SHAKLEE...

Saya memang dah jatuh cinta dengan produk keluaran syarikat ini. Produknya yang semulajadi, selamat DAN terbukti berkesan. Paling penting sekali produk ini HALAL. Macam mana saya tahu produk-produk ini gerenti semulajadi, selamat dan berkesan???

Selama lebih 5 dekad, syarikat ini telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semula jadi yang terulung di dunia. Dalam setahun, lebih daripada 83 ribu ujian QC dijalankan dan lebih 350 ujian ke atas bahan-bahan botani yang baru. Di kala banyak syarikat lain menghabiskan wang bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran produk mereka, Shaklee Corp telah melaburkan USD 300 million dalam R&D. Selain itu, mereka telah memegang 55 paten bagi produk yang dihasilkan. Disebabkan produk-produknya adalah dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi, so, tiadalah perasa dan pemanis tiruan dalam vitamin-vitaminnya.

Insya-Allah, kita hanya merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. Saya hanya mampu membuat apa yang termampu untuk menjaga kesihatan diri demi suami, anak-anak yang masih kecil dan keluarga. Segalanya hanya dengan izin Allah.

Banyak lagi yang nak saya sharekan dengan anda mengenai produk Shaklee ni. Tapi malangnya saya terpaksa tangguhkan di masa lain. Anak-anak masih belum tidur lagi, so kena attend to them first (selamat dah consume ESP... masih lagi bertenaga sehingga sekarang...). But before that...


Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID 885854) di area Kuantan, Pahang.

Jika anda perlukan suplemen semulajadi bagi PENYUSUAN BAYI, IBU MENGANDUNG, BERPANTANG, MASALAH BERAT BADAN, KESUBURAN, ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT, KEINTIMAN, KECANTIKAN dan sebagainya anda boleh:

♥ PM FB: Masherna Mustafa
♥ Email: mashernamustafa@yahoo.com
♥ SMS / call: 019-9873748

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan vitamin keluarga anda. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju / courier boleh diaturkan. Bagi mereka yang tinggal sekitar Kuantan, COD juga boleh diuruskan. InsyaAllah...