Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Monday 17 December 2012

Abi dan Anak2

Dah 2 minggu kami 3 beranak di Johor Bahru (me and the two sons). Dah PJJ sekarang kan? This week we all habiskan masa di Kuantan. Menemani abi yang sedang kedemaman disebabkan sakit gigi (ke rindu kat anak2??? emmm)...

Drive sendiri dengan anak2 bersama makcik dan adik dari JB ke Kuantan. Ambil masa kat +- 8 jam juga. Selama ni sekejap je sebab cik abang yang bawa, kali ni sebab driver dua2 perempuan plus dengan hujan lebat separuh perjalanan, tak boleh la nak bawa laju2.

Now at home, sedang melihat telatah abi dan anak2. Melepaskan kerinduan bersama2. Minggu depan dah nak ke JB semula. Sabarlah ye abi, syabeel dan zhofeer. 3 tahun ni macam ni lah kehidupan kita sekeluarga. Travel ulang alik... Penat tengok anak2 membesar kat dalam kereta. Nanti masuk rumah baru pun, abi je lah penghuni tetap.

Ya Allah, permudahkanlah jalanku untuk menamatkan pengajian dengan jayanya dan pada masanya. Semoga segala pengorbanan kami ini, membuahkan sesuatu yang manis untuk kami sekeluarga... AMEEN

Wednesday 12 December 2012

Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)

Cinta hati saya yang terbaru. Baru pun tak lah baru sangat, dan kalau nak kata lama tu, tak lah lama sangat. Tapi produk Shaklee yang inilah yang membuatkan saya jatuh cinta terus dengan produk2 lain. Kalau saya tau, dah lama saya lagi agaknya saya consume ESP ni.

Saya memang penggemar setia soya, apa2 yang ada kaitan dengan soya semua saya suka. Saya suka minum air soya, saya gemarkan tauhu dan saya memang cintan habis dengan tempe. Sejak dari kecik lagi memang tempe makanan favorite saya. Sampai abah saya panggil saya minah jawa. Lagilah masa saya buat degree dan masters dulu kat Parit Raja, Batu Pahat. Tu pasal gelaran minah jawa tu tak tinggal.

Disebabkan saya ni suka sangat minum soya, dan ramai pula yang bagitau kalau pregnant, bagus minum soya, saya minta hubby saya belikan soya berkotak2. Sampai sebab dah selalu sangat minta susu soya, hubby saya belikan satu carton soya y***s sekaligus. Itu dalam masa seminggu setengah dah habis. (Saya citer ni masa saya pregnant anak sulung saya yang dah saya tunggu 6 tahun kelahirannya --- MY IVF BABY).

Itu citer lama la kan. Anak saya yang sulung ni pun dah nak masuk 3 tahun tahun 2013 nanti. (Cepat je anak ibu ni besar ye)...

Tajuk ESP, citer dah melalut kat mana2 dah. Anyway, saya kenal ESP Shaklee sebelum bersalin anak yang kedua. Itu pun sebab kawan2 kat FB duk promote kebaikan2 dia. Niat beli ESP ni dulu sebab nak bagi tenaga untuk saya yang sedang sarat mengandung nak puasa ganti. Alhamdulillah. Rasa la kebaikannya, walaupun tak habis pun puasa ganti tersebut.


Apa tu ESP?

ESP adalah minuman protein soya dari Shaklee. ESP ni dah diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat extensive lagi comprehensive. Soya yang digunakan untuk ESP ni adalah non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang diproses pada suhu yang rendah dan tidak dibasuh dengan alkohol. 1 canister ESP seberat 850 gram ni, dihasilkan daripada 30kg soya. Selain daripada itu, ESP Shaklee merupakan satu2nya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia (perlu diambil dari makanan) --- jadi macam mana kita nak pastikan semua 9 asid amino tu kita ambil bila kita makan?

Pada saya, ESP ni adalah makanan asas untuk kita mengambil vitamin2 yang lain. (saya tak cakap orang lain, ini memang pandangan saya semata2). Sebab protein adalah asas atau bahan utama dalam pembentukan organ dalam  badan kita manusia. Senang cakap, protein ni adalah building block kepada tubuh manusia. ESP ni dapat memberikan tenaga straight to the cell. Ini disebabkan oleh 9 asid amino tadi, (btw, asid amino adalah bentuk protein paling ringkas), jadi ESP lebih mudah untuk diserap oleh badan untuk pembinaan sel-sel baru, tisu, otot dan organ badan. Bila sel2 dalam badan sihat, memang memudahkan penyerapan vitamin2 lain untuk berfungsi dengan optima pada badan. So nak amik vitamin2 lain, tak le terasa ruginya.

Alhamdulillah, dari pregnant minum ESP sampai la anak dah nak 5 bulan ni, badan saya tak terasa penat, walaupun saya sering berpuasa Isnin dan Khamis dan fully breastfeed my youngest (menggantikan puasa yang tertinggal sebelum dan selepas bersalin hari tu --- penangan bersalin 1 minggu sebelum Ramadhan). Saya rasa kekal bertenaga dari pagi sehingga malam. If before tidur saya minum ESP, mudah saya nak bangun paginya sebab badan memang rasa segar.

Cerita bestnya, masa saya nak bersalin Julai lepas (tak rasa sakit, sebab saya ada PIH - pregnancy induced hypertension, so kena induced week 38 - kira pi serah diri la), saya bawa bekal ESP untuk kegunaan di hospital. Pagi kena induced tu, saya amik segelas. Rasa sakit nak bersalin tu start around jam 8 malam. Betul2 contraction dalam pukul 10 mlm. Saya masuk labour room pukul 11.29 malam dengan bukaan 4 cm dan baby keluar 11.59 malam. Kelahiran ni dikira sebagai kelahiran pertama sebab yang si abang lahir secara C-sect. (Adik lahir secara normal ye)... Untuk 1st timer mcm saya ni, saya tak rasa penat, walaupun tak pandai nak kawal pernafasan masa nak push baby keluar. Adakah ini disebabkan ESP? Allah maha mengetahui...

Alhamdulillah, rezeki anak, lepas bersalin tu terus keluar susu dan sampai sekarang pun supply susu saya pada baby juga bertambah, kalau lambat pam, sakit jadinya. Susu yang dipam lebih pekat dan nampak macam formula milk (saya selalu duk eskperimen kat diri sendiri, bila minum macam mana, bila tak minum apa kesan dia)...

Bukan rasa segar je, selain dari tu, saya dapat rasakan perbezaan pada kulit saya. Rasa kulit semakin halus dan gebu, sehalus dan segebu kulit baby. Sebab sel pada kulit sentiasa diperbaharui. Saya juga terkejut, selulit pada lengan saya pun macam dah tak de. Kuku dan rambut saya pun semakin berkilat. Tapi yang paling penting, tekanan saya kurang. Dengan kerenah abang yang mahukan perhatian, yang kadang-kadangnya menguji  kesabaran, hehehe... Alhamdulillah... sekarang kalau dia buat hal, takde la saya menjerit2 marah. Senyum and gelak je. (sebab saya ada ambil vitamin yang lain juga selain ESP). Memang terasa perbezaannya di situ.

Bukan saya saja, disebabkan saya fully breastfeed adik, baby boy yang sememangnya diketahui kuat menyusu, anak saya cepat rasa kenyang bila minum susu. Tidur malam memang lena dan hanya akan bangun menyusu bila dah dekat nak subuh (suruh ibu dia bangun subuh la). Kulitnya yang gebu tu, bertambah gebu, dan badannya makin montel.


Gambar masa Hari Raya Aidiladha baru2 ni. Tu baby saya baru 3 bulan, tembamkan?


Ini kira testimoni saya sendiri la juga ye untuk ESP. Next2 entry nanti saya bagi lagi testimoni untuk yang lain2. (sekarang tengah bercollagen... kan promo disember ni...)

Jika berminat nak cuba, boleh hubungi saya di:
FB: Masherna Mustafa
Page: www.facebook.com/shakeezmomeshoppe
Email: mashernamustafa@yahoo.com
SMS/Call: 0199873748

jangan segan2 tau!!!

Tuesday 11 December 2012

Dalam Lab Sorang2...

hehehe... 1st time duk dalam lab ni sorang2. Hari ni rakan lab Rina, kena p dengar talk pasal speech.

Banyak menda nak kena settle. Maklumlah dah tua-tua ni sambung belajar. Otak pun dah berkarat. Lambat sikit la nak polish bagi berkilat balik. Time nak buat reading ni la banyak betul dugaan. Lagi-lagi belajar sorang2. Tak mengikuti mana-mana kelas. Research semata. Kalau tak kuat semangat memang tak leh buat la. Mcm saya sekarang ni, duk karang entry.

Ok tak leh panjang2. Nak kena baca manual untuk guna alat ni. Sat gi datang Dr supervisor, kena tanya tak tau apa2... (Ya Allah, permudahkanlah pemahaman aku, hamba yang selalu terlupa ini... AMEEN)

Sunday 9 December 2012

Pengambilan Vitamin Shaklee Semasa Mengandung Untuk Kesihatan Ibu dan Baby


Tu dia!!! Panjang betul tajuk entry kali ni. Sebab dah lama tak update blog pasal Shaklee, membuatkan tajuk kali ni panjang berjela... :p

Ibu mengandung, dietnya perlu dijaga dengan rapi. Kerana di saat2 ini, si ibu bukan sahaja perlu menjaga kesihatan dirinya malah kesihatan bayi yang dikandungi juga perlu diberikan perhatian. Apa kata pakar boleh dirujuk pada entry saya sebelum ini.

Shaklee sebagai sebuah syarikat yang telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semula jadi yang terulung di dunia sejak 5 dekad yang lalu, telah menghasilkan pelbagai vitamin yang sesuai diambil oleh ibu2 hamil. In syaa Allah dengan pengambilan supplements ini, kesihatan ibu dan bayi akan sentiasa berada dalam keadaan tip top.

Antara supplements untuk wanita hamil adalah seperti berikut:


Trimester pertama:

VitaLea – adalah multivitamin yang pertama dicipta di dunia. Ianya adalah pelengkap nutrisi yang diperlukan oleh badan. Selain menyediakan asas nutrisi, ia juga bertindak untuk memastikan pertumbuhan sel baru, membantu proses tumbesaran dan melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik –membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening dan keletihan. Juga membantu pembinaan DNA, sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau ulang belakang.

Vita Cmeningkatkan sistem imun tubuh dengan membantu sel darah putih untuk menentang bakteria dan kuman selain berguna untuk mencantikkan kulit.

Ostematrix (kalsium) – menghalang osteoporosis, memperbaiki kekejangan dan kebas2 yang selalu berlaku kepada ibu hamil. Selain itu, ia juga dapat mengimbangi tekanan darah, memelihara denyut jantung dan menggalakkan tidur yang selesa.

Dan ketika berada di trimester kedua dan ketiga, boleh ditambah satu lagi supplement iaitu

Omega GuardDHA adalah nutrient utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir kehamilan dimana otak janin sedang berkembang dengan pesatnya.


**Disclaimer
Segala testimoni yang dikongsi  di sini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh, menganalisa apa jua penyakit / masalah. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan diruangan comment di bawah, atau melalui cara2 berikut:

FB: Masherna Mustafa
SMS / Call: 019-9873748

Sunday 2 December 2012

December!!! Bulan Collagen Powder Shaklee


Collagen… Balik2 collagen… Sat gi pun citer collagen… Nampak gayanya bulan Disember ni penuh blog saya ni dengan cerita2 atau info2 pasal Shaklee Collagen Powder. Maklumlah bulan Disember ni Shaklee buat promo untuk Collagen Powdernya.  

Saya ni sebenarnya baru nak try guna salah satu produk Shaklee yang hot ni. Setakat ni tak sampai lagi satu kotak, tapi kesannya saya dah boleh nampak dan rasa. Saya ni bermata ‘panda’ dan kulit saya jenis combination. Sekarang ni saya dah rasa kulit pipi saya makin licin dan rasa moistMata ‘panda’ saya pun beransur hilang

Entry kali ni saya nak share sikit pasal collagen dan apa kesan2 kehilangan collagen dalam badan.

Collagen? Apa tu?
·      Collagen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligament, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Lebih kurang 72% daripada kulit dan 80% daripada tulang kita adalah terdiri dari collagen. Kornea mata kita juga adalah collagen.

·      Collagen berfungsi untuk melindungi organ, perut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, sel2 otak dan lain-lain. Jadi tidak hairanlah collagen banyak membantu kecantikan dan kesihatan, mengekalkan badan yang muda, anti penuaan,menegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan.

Yang kat gambar bawah tu macam kulit saya la. Berazam nak jadi yang atas semula!!!

So apa kesan-kesan kehilangan collagen?
·      Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung
·      Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eye bag), penglihatan kabur
·      Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan
·      Gusi yang tidak sihat
·      Garis halus kelihatan pada leher
·      Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan lebih tua daripada usia sebenar, organ dalaman tidak berfungsi  dengan berkesan
·      Payudara dan punggung kelenturan
·      Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
·      Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan

Ada ke yang mengalami masalah-masalah di atas? Apalagi… JOM try THE BEST COLLAGEN POWDER (by Shaklee of course)

Saturday 1 December 2012

Gila Collagen Powder Shaklee

Pagi-pagi buta ni duk buat entry pasal Shaklee... hehehehe...
Mana taknya, baru je saya submit progress report utk semakan supervisor saya. Ingatkan nak check fb kejap sebelum ajak si syabeel (anakku yang nak masuk 3 tahun ni) tidur. Dah check fb, adik seofis dan seShaklee postkan bulan Disember ni bulan collagen Shaklee. Buy 6 free 1 tu. Dah la sekarang ni saya sedang berkolagen. Nampak gayanya untung la bulan ni, nak dapat kolagen murah. Alhamdulillah!!!

Shaklee Collagen Powder dalam Majalah iSihat Sept 2012

Sesiapa yang teringin nak try Shaklee collagen powder, this month memang perfect timing la ye... PM untuk details ye.

FB: Masherna Mustafa
Page: www.facebook.com/shakeezmomeshoppe
Email: mashernamustafa@yahoo.com
SMS/Call: 0199873748