Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Wednesday 13 November 2013

ESP: My Wordless Wednesday

Uploading the old poster.

Monday 11 November 2013

VIVIX Shaklee: Perokok Tegar Jadi Malas Nak Hisap Rokok!!!

VIVIX oh VIVIX… Macam mana boleh terjebak lak nak cuba VIVIX ni?
Mula2 beli VIVIX tu sebab ada baca testimoni kat FB. Dia bagi vivix kat mak dia. Kesannya, Alhamdulillah… Mak dia takde dah rasa nak hisap rokok. Tak sedap katanya. Teruja dengan testimoni tersebut membuatkan rasa terus nak beli VIVIX.

Saya nak sangat Mr Hubby dapat berhenti terus dari merokok tapi kalau kita cakap je suruh berhenti merokok, dia jawab, “Aku kenal rokok tu dulu dari kenal awak"… Ha amik ko… nak betah apa lagi…???? Sudahnya doa saja dan akan terus berdoa. Ramai kata, kalau nak berhenti ni, orang tu sendiri yang nak ada azam, lain tak boleh buat apa… Tapi takpe, kita cuba je la. Sejak amal amik VIVIX (tak consistent pun), Alhamdulillah, beliau ada sikit rasa MALAS nak hisap rokok. InsyaAllah sedikit masa lagi, dia berhenti la pulak.

Saya kongsikan sikit kat sini, apa ramuan yang terkandung dalam tonik ajaib ini.

Sebagaimana yang sedia maklum, produk-produk Shaklee semuanya mengandungi ramuan semula jadi yang Always Safe, Always Works and Always Green. Bukan main suka-suka je bagi tag line, tapi memang telah disahkan oleh pelbagai ujian klinikal terhadap produk-produknya. VIVIX pun tak terkecuali. Malah ujian klinikal ke atas ramuan utamanya adalah ekslusif untuk Shaklee.

·         Muscadine Grape
Ini adalah Super Anggur, satu-satunya anggur di alam ini yang mempunyai 20 kromosom, lebih daripada anggur biasa yang mana dipercayai berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan, fungsi immune lebih tinggi dan sifat antioksidan yang kukuh. Saiz anggur ni saja sebesar bola golf. Mengandungi asid ellagik yang pekat yang tidak ada dalam anggur lain. Asid ini mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

·         Purple Carrot
Sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi anthocyanins (antioksidan yang mustajab), yang bertanggungjawab ‘mewarnai’ warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayur. Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan bahawa anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platlet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

·         Elderberry
Selain menguatkan sistem immun (kaya dengan antioksidan), elderberry dan ekstraknya juga berkesan untuk merawat flu, asthma, batuk, sesak hidung dan dada juga diabetes. Ia juga dapat merendahkan kolestrol dan menghalang oksidasi LDL (lemak jahat yang merupakan penyebab penting penyakit kardiovaskular).

·         Polygonum Cuspidatum
Mengandungi resveratrol yang membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan berat badan.

VIVIX: Tonik ajaib untuk Mr Hubby

Ada kaitan ke VIVIX dengan orang hisap rokok ni?
Orang yang merokok ni, setiap kali bila depa merokok, bahan-bahan kimia yang terkandung dalam tembakau akan menghasilkan radikal bebas dalam badan. Radikal-radikal bebas ini akan menyebabkan sistem pertahanan badan berkurangan.
Cara terbaik untuk menghapuskan radikal-radikal bebas ini adalah melalui pengambilan antioksidan. Antioksidan akan melindungi sel-sel dan tisu badan disebabkan oleh radikal bebas tersebut. Walaupun badan kita menghasilkan antioksidan, tetapi kita juga perlu mendapatkannya daripada sumber-sumber makanan. Perokok terutamanya lebih banyak kehilangan antioksidan dalam badan disebabkan oleh tabiat merokok.
Buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan jumlah antioksidan yang tinggi. Sebagai contoh, makanan yang menyediakan beta carotene adalah seperti keledek, aprikot, serta sayuran atau buah yang berwarna oren pekat; lutein – sayuran hijau seperti bayam; lycopene – tomato, tembikai; Vitamin A – carrots; Vitamin C – kebanyakan buah-buahan citrus; Vitamin E – brokoli, mangga dan kekacang.

Nah!!! Dah baca sendirikan… Boleh buat kaitan tak?
 VIVIX adalah satu minuman botani yang tinggi antioksidan. Perokok pula kurang antioksidannya. Maka dengan itu, memang la SESUAI sangat saya bagi VIVIX ni dekat Mr Hubby. Bukannya tak boleh masak dengan bahan-bahan yang ada antioksidan, tetapi persoalannya, Sejauh manakah saya dapat pastikan yang ingredients yang saya guna untuk masak tu memenuhi keperluan vitamin yang diperlukan oleh badan kita?

Renungkan… dan kalau nak komen pun boleh…

Sunday 10 November 2013

Pengantin Lama Syok Sendiri???

Alhamdulillah Ya Allah... Syukur, Syukur, Syukur...

Tak lambat lagi rasanya nak ucapkan Salam Maal Hijrah. Baru nak masuk seminggu kan kita memasuki tahun baru Hijrah. Dapat tak lagi puasa Awal Muharram (01-10 Muharram)? Saya tak start pun lagi. InsyaAllah... dapat sehari dua pun kira ok la. Sekali nak puasa ganti (masih lagi susukan si kecil Zhofeer - kuat minum ini budak). Dapat la 2 pahala (puasa sunat, puasa ganti)... Macam hubby duk pesan sokmo, nak buat amal ibadat pun kena pandai rebut peluang, bukan time SALE aje (aduh!!! menusuk sampai ke jantung hati)...

Bercerita tentang kehadiran tahun baru, setiap tahun akan saya celebrate pengakhiran tahun yang ditinggalkan. Sebab apa? 10 tahun yang lalu, sehari sebelum Maal Hijrah, merupakan hari pernikahan saya dengan husband sorang tu. Tahun ni dah 10 tahun dah. Alhamdulillah.... Sekejap je masa berlalu. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan jodoh kami berdua. Anak pun dah dua. Syukur, dua-dua membesar dengan sihatnya. 

Pengantin lama yang over ni
Takde sambutan besar-besaran pun. Macam biasa aje. Dua tiga hari lepas anniversary, baru la dapat peluang keluar makan beramai-ramai dengan anak dan juga mak cik saya. Hanya kami berlima. Pastu bawak balik cake chocolate lava, minta candle sebatang, Syabeel duk meniupnya. Hehehehe.. Suka benor la dia. Berapa kali tiup pun tak tau....

Tahun ni pun tak ada la nak beli hadiah besar-besar ke, apa ke, sebab kami masing-masing dah berikan each other sebuah rumah untuk berteduh bersama-sama. Masuk rumah hari tu 01Zulhijah... Aci kira hadiah la kan (padahal dah pokai, abis duit nak masuk rumah)....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... Ampunilah dosa-dosa kami, sesungguhnya kami hambaMu yang lemah dan tak pernah lari dari melakukan dosa...
Ya Allah... berkatilah keluarga kami dan masukkanlah kami dalam golongan mereka yang sentiasa mengingatiMu...

Friday 8 November 2013

Mana Pergi Rumahku???

Fuhhhh... Lama bebenor dah tak mengupdate blog ni. Lama dah tak online lama-lama. Berebut dengan anak lah.. Dah besar ni asyik nak you tube je. Ibu nak buat kerja lain pun tak boleh. Nak study pun kena curi masa lain. Nak login FB pun kena guna phone je. Ni pun baru celik mata ni, dah mengaruk dah, nak tube... Hish budak ni...


Tadaaaaaa....

Ibu!!! Let me in!!!

  Satu lagi alasan naper tak update, sebab dua tiga bulan kebelakangan ni pun sibuk dengan urusan nak masuk rumah baru. Now, Alhamdulillah... Masuk dah sebulan dah pun. Banyak lagi barang-barang lama tak susun lagi. Sikit-sikit la.

Tempat anak main masak-masak

Pindah rumah ni walaupun tak sejauh mana, penat tu memang tak dapat nak dinafikan. WOOOO penat.... Dulu duk rumah quarters guru. (Alah... rumah sangkar burung tu...). Rumahnya kecik je, tapi bila sibuk2 pindah barang ni... banyak rupanya barang-barang yang terkumpul kat situ. Maklum la dekat 10 tahun duk kat situ. Alhamdulillah ada rezeki anak-anak ni, dapat la merasa duduk kat rumah besar sikit. Ada laman kat tepi, boleh la depa lepas buas. Tak pernah sunyi rumah (kecuali time depa tido). Si abang berlari2 dalam rumah, lompat2 kat sofa. Adik pun tak nak kalah, duk gak mengukur rumah (dah setahun tiga bulan, tak nak jalan lagi).

Sofa tempat Beel n Zhof jadikan trampolin

Alhamdulillah... Memang syukur sangat dapat duk rumah baru. Ini je la harta dunia kami yang nak tinggal kat anak-anak. Harta lain takde nak bagi. Dulu memang tak rasa nak beli rumah, sebab takde anak lagi. Berdua je kami suami isteri. Dah ada Syabeel, baru la semangat nak beli. Alhamdulillah, now ada Zhofeer nak kongsi sama. Kami suami isteri pun kerja tempat yang sama. Pergi kerja sama-sama, balik pun sama-sama. Takde pulak la keperluan nak tambah kereta satu lagi ke. Pas tu rumah ni pun kami berkongsi je beli. Susah senang sama-sama... InsyaAllah....

Peti sejuk yang ibu sorokkan aiskrim n coklat Beel

Kalau sapa2 nak datang jemput la datang ye...Kecik je rumah kami...

Friday 19 July 2013

Quick update: Baju Raya!!!!!

Salam 10 Ramadhan... Ada berbaki lagi 20 hari lagi. Cepat sungguh masa berlalu. 10 hari rasa macam sekejap sangat.

Misi mencari baju raya sekeluarga untuk dipakai 1Syawal masih lagi belum tertunai. Maklumlah orang dah beranak dua. Dua-dua anak bujang pulak... Macam mana nak larat ibu sorang ni duk kejar abang dengan tolak stroller adik kalau keluar bertiga je. (Itupun kalau si abang nak berjalan... usually dia yang nak duk dalam stroller). So nak tak nak kena la tunggu abi free sikit.

Orang bekerja ni payah la sikit nak keluar. Kat Kuantan ni pulak, kalau nak keluar hujung minggu time2 bulan puasa ni... Allah... susahnya. Macam ulat kat shopping complex. Dari hari Jumaat dah start jam kat bandar Kuantan, sebab orang2 Terengganu dah shopping kat Kuantan. Sabtu, penuh juga, sebab orang Kuantan dan Terengganu sekali keluar shopping. Ahad... Orang Kuantan la. Dah, bila nak keluar ni???

Esok, ingatkan nak keluar awal pi serang Mall, tapi abi pun kerja esok kan? Makin lama tangguh, makin ramai orang2 di shopping mall tu. Tengok lah Ahad ni. Kita pi serang awal2. Kita buka Mall tu... Warna apa ye untuk tahun ni? Ada suggestion?...

Saturday 6 July 2013

Menjelang Ramadhan: Happy 1st Zhofeer...

Ramadhan bakal menjelang minggu depan. Macam mana dengan persiapan kita? Bersediakah kita nak menghadapi ketibaan bulan yang mulia ini? Atau dah skip bulan ni dan dah ke bulan Syawal??? Mmmm...

Teringat dengan peristiwa menjelang Ramadhan tahun lalu... AHMAD ZHOFEER BIN FITRI SANI, telah selamat dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Alhamdulillah... 25 Syaaban, beberapa hari sebelum Ramadhan. Kehadirannya memang tak dijangkakan. Dari mula disahkan mengandung sehingga saat melahirkan, Alhamdulillah, semuanya Allah permudahkan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sejarah kami suami isteri untuk mendapatkan zuriat yang pertama sangat berliku dan penuh dengan emosi (very emotional rollercoster). Setelah 6 tahun mendirikan rumah tangga, lahirlah anak sulung kami, Ahmad Syabeel, seorang bayi tabung uji (IVF)... so, kehadiran cahaya mata yang kedua ini memang suatu berita yang mengejutkan, memandang masa disahkan mengandung, Syabeel baru saja setahun setengah. (Kami selalu buat joke, kalau orang tanya bila nak dapat nombor 2, kami akan cakap 6 tahun lagilah...) Hehehehehe... Tapi Allah itu lagi terbaik rancanganNya.

Waktu nak melahirkan itu pun, Allah permudahkan segala urusan. Disebabkan semasa mengandung, saya akan darah tinggi, so anak yang nombor 2 ni pun kena dipercepatkan tarikh keluarnya. Cukup aje 38 weeks, kena induce. Dan kebanyakan mereka yang dah berpengalaman akan mengatakan kalau induce ni, akan lagi terasa sakitnya. Disebabkan oleh pengalaman pertama, mengandungkan 'precious baby', yang terpaksa dikeluarkan awal (again disebabkan darah tinggi dan IVF baby) melalui pembedahan ceasar, saya tak dapat nak merasakan macam mana labour pain tu, so tak boleh la nak comparekan rasa sakit disebabkan induce dengan rasa sakit normal... Tapi sakit bersalin, memang sakit... Allah dan mereka yang dah mengalaminya aje yang tahu. Alhamdulillah, Allah bagi saya rasa nikmat sakit tersebut.

Proses kelahiran Zhofeer pun, tidak lama. Bermula dengan contraction sikit2 seawal lepas maghrib, dan semakin kerap selepas jam 10 malam. Memang dah rasa nak meneran pun time pukul 10 lebih lebih tu... tu yang sakit kan? Then, lepas doktor buat checkup, laluan dah buka 4 cm. Walaupun dari semalamnya, masa admit wad, baru 2cm. Tapi Alhamdulillah selepas duk labour room dari jam 11.30 malam, Zhofeer lahir 29 minit kemudian.. 11.59 malam. Alhamdulillah...

Rasanya sebelum ni, saya pun ada postkan pengalaman melahirkan si kecil ni, boleh baca di sini... Tapi, dah nak Ramadhan ni, teringat pula dengan kelahiran si kecil Zhofeer yang buatkan ibu tak dapat puasa sebulan. Hehehe... InsyaAllah, tahun ni dapatlah berpuasa dan beraya. (sebab tahun lepas beraya pun dalam pantang lagi).

So... Happy 1st anak ibu abi, Ahmad Zhofeer... Nanti 14 July ni, kita celebrate lagi ye... Semoga menjadi hamba Allah yang taat dengan suruhanNya dan berjaya di dunia dan akhirat. Ameen... Abang Beel, Abi dan Ibu love you loads...

Tuesday 2 July 2013

FUHHH (Lagi sekali dan Lama sikit)

salam all...

Fuhhh!!!! Kali ni lama sikit tiup tu... dah bersawang benar blog ni. Dah lama tak mengupdate nya. Mahu tak, asal saja buka komputer, ada aje la budak besar tu sibuk nak tengok You Tube... Nak study pun tak dapat, apatah lagi nak mengupdate blog.

Banyak perkara dah berlaku dlm masa dekat setengah tahun tak update ni. Ramadhan akan datang sekali lagi, InsyaAllah... bermakna lagi beberapa hari, my second son, Ahmad Zhofeer akan meyambut birthday nya yang pertama. Cepat betul masa berlalu...

Dalam masa tak mengupdate ni, abangnya Zhofeer, Ahmad Syabeel (our darling IVF baby) dah menyambut birthdaynya yang ke 3 (30 Mac lalu). Tahun ni serba ringkas. Tak menghantar ole-ole ke Fertility Center IIUM kat Kuantan ni pun. Bukannya terlupa, tapi schedule saya yang tak mengizinkan. Saya dan anak-anak di Johor Bahru, abi mereka di Kuantan.

General Election pun dah sudah. 5 Mei tempoh hari. Hari tu Syabeel kena admit wad sebab jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia). Dengan takde warning, virusnya cepat betul menyerang. Batuk dan selsema baru sehari, demam pula tak sampai 10 jam. Tapi... Subhanallah... Macam dah nak mati anak sorang tu. Bernafas pun tak boleh... (Macam kejam kan cakap macam ni, tapi itulah hakikatnya - Abinya terpaksa tepuk2 pipi tak nak si anak terlelap sepanjang perjalanan ke hospital).

6 Mei -  my birthday. Terpaksa 'sambut' dalam wad di Kuantan Specialist Hospital sebab temankan si Syabeel. Dia warded for 5 days. Kami 4 beranak berkampung la dalam wad tu. Beralaskan toto dan berbantalkan bantal dari rumah... Pengalaman yang mengerikan. So takde langsung la rasa nak celebrate birthday ke apa...

Anyway... selamat menyambut Ramadhan... Semoga ibadah kita diterima Allah...

Monday 18 February 2013

FUHHHH!!!!

Fuh!! Fuh!!! FUHHH!!!!!

Bersawang dah blog ni. Terbiar begitu sahaja dah berapa bulan dah ha? Tak berapa nak ingat dah. Hehehehehe... Tak sempat nak mengupdate aktiviti apa2.

Life kat JB as a 'single mother' and full time student, membuatkan saya tak cukup rasanya masa 24 jam tu. Kat kampus nak kena study, tapi makin banyak buat reading, makin banyak yang tak tahu. Balik rumah, anak2 pula menunggu untuk dilayan. Mana yang nak susu, mana yang nak minta bawak p taman... Sebab abi mereka jauh di kuantan, ibu la jadi bahan tunggangan dan tempat bermanja...

Ni pun dah kat kul 12 mlm. Anak2 dah tidur, dapat la sekejap curi masa nak mengistallkan apa2 yang patut kat laptop ni dan sambil2 tu update blog. Banyak benda yang nak dijadikan entry... personal entry dan juga business entry. Tapi apa2 hal kena dulu install yang berkaitan dengan study dulu. Nak buat backup banyak2 sebab masa masuk wad hari tu, tak expect pulak had disk kena tukar baru... Aku pakai takde masalah pun... yang dicomplaint keyboard dah rosak... but hard disk yang kena tukar. keyboard masih gini... tak smooth langsung nak taip... (selamat masih dalam warranty)...

take care all...

Tuesday 15 January 2013

Happy 6th Month Ahmad Zhofeer

Alhamdulillah... Syukur kepada-Mu ya Allah, my baby boy is growing up healty and on the 1st day of food yesterday. Reaaalll food. Dah lama dia asyik tengok kami makan. Mulut pun bising2 sebab asyik tengok n dapat rasa sikit je.

Journey food nya dah bermula. Bising sungguh mulut sebab lambat suapkan makanan. Benda baru la kot... Tu pasal excited semacam nak makan. Anak... anak... Bijak sangat ye... Sama macam abang nya dulu...

Zhofeer is 6 months


Sekarang Zhofeer dah laju bergolek2. Walaupun satu ruang tamu dialas dengan toto and comforter, semua habis diterokai. Sampai tak boleh ibu lepas mata sikit. Sekejap je dah nak masuk bawah kerusi.

Semoga Zhofeer membesar dengan mendapat rahmat dari Allah. Menjadi seorang hamba Allah yang taat dengan segala perintahNya. Abi, ibu dan abang Syabeel sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Zhofeer. We love you...

Sunday 13 January 2013

Try testing

Salam all...

Hari ni saya ada seminar. Saja je abis masa ngan kengkawan pulak. Lepas ni dah nak balik JB. (Memerapkan diri di Kuantan sebulan dah)... Tak jumpa SV lama dah. Temankan abi ni. Bagi chance kat dia main ngan anak2.

entry ni pun saje try nak buat eksperimen jadi ke tak. Kat kelas ni ada ida ifaz, ida iar, gee, suhailey, and zai. ada kawan baru n kawan lama. InsyaAllah semoga berkekalan persahabatan ini...