Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Friday 19 July 2013

Quick update: Baju Raya!!!!!

Salam 10 Ramadhan... Ada berbaki lagi 20 hari lagi. Cepat sungguh masa berlalu. 10 hari rasa macam sekejap sangat.

Misi mencari baju raya sekeluarga untuk dipakai 1Syawal masih lagi belum tertunai. Maklumlah orang dah beranak dua. Dua-dua anak bujang pulak... Macam mana nak larat ibu sorang ni duk kejar abang dengan tolak stroller adik kalau keluar bertiga je. (Itupun kalau si abang nak berjalan... usually dia yang nak duk dalam stroller). So nak tak nak kena la tunggu abi free sikit.

Orang bekerja ni payah la sikit nak keluar. Kat Kuantan ni pulak, kalau nak keluar hujung minggu time2 bulan puasa ni... Allah... susahnya. Macam ulat kat shopping complex. Dari hari Jumaat dah start jam kat bandar Kuantan, sebab orang2 Terengganu dah shopping kat Kuantan. Sabtu, penuh juga, sebab orang Kuantan dan Terengganu sekali keluar shopping. Ahad... Orang Kuantan la. Dah, bila nak keluar ni???

Esok, ingatkan nak keluar awal pi serang Mall, tapi abi pun kerja esok kan? Makin lama tangguh, makin ramai orang2 di shopping mall tu. Tengok lah Ahad ni. Kita pi serang awal2. Kita buka Mall tu... Warna apa ye untuk tahun ni? Ada suggestion?...

Saturday 6 July 2013

Menjelang Ramadhan: Happy 1st Zhofeer...

Ramadhan bakal menjelang minggu depan. Macam mana dengan persiapan kita? Bersediakah kita nak menghadapi ketibaan bulan yang mulia ini? Atau dah skip bulan ni dan dah ke bulan Syawal??? Mmmm...

Teringat dengan peristiwa menjelang Ramadhan tahun lalu... AHMAD ZHOFEER BIN FITRI SANI, telah selamat dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Alhamdulillah... 25 Syaaban, beberapa hari sebelum Ramadhan. Kehadirannya memang tak dijangkakan. Dari mula disahkan mengandung sehingga saat melahirkan, Alhamdulillah, semuanya Allah permudahkan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sejarah kami suami isteri untuk mendapatkan zuriat yang pertama sangat berliku dan penuh dengan emosi (very emotional rollercoster). Setelah 6 tahun mendirikan rumah tangga, lahirlah anak sulung kami, Ahmad Syabeel, seorang bayi tabung uji (IVF)... so, kehadiran cahaya mata yang kedua ini memang suatu berita yang mengejutkan, memandang masa disahkan mengandung, Syabeel baru saja setahun setengah. (Kami selalu buat joke, kalau orang tanya bila nak dapat nombor 2, kami akan cakap 6 tahun lagilah...) Hehehehehe... Tapi Allah itu lagi terbaik rancanganNya.

Waktu nak melahirkan itu pun, Allah permudahkan segala urusan. Disebabkan semasa mengandung, saya akan darah tinggi, so anak yang nombor 2 ni pun kena dipercepatkan tarikh keluarnya. Cukup aje 38 weeks, kena induce. Dan kebanyakan mereka yang dah berpengalaman akan mengatakan kalau induce ni, akan lagi terasa sakitnya. Disebabkan oleh pengalaman pertama, mengandungkan 'precious baby', yang terpaksa dikeluarkan awal (again disebabkan darah tinggi dan IVF baby) melalui pembedahan ceasar, saya tak dapat nak merasakan macam mana labour pain tu, so tak boleh la nak comparekan rasa sakit disebabkan induce dengan rasa sakit normal... Tapi sakit bersalin, memang sakit... Allah dan mereka yang dah mengalaminya aje yang tahu. Alhamdulillah, Allah bagi saya rasa nikmat sakit tersebut.

Proses kelahiran Zhofeer pun, tidak lama. Bermula dengan contraction sikit2 seawal lepas maghrib, dan semakin kerap selepas jam 10 malam. Memang dah rasa nak meneran pun time pukul 10 lebih lebih tu... tu yang sakit kan? Then, lepas doktor buat checkup, laluan dah buka 4 cm. Walaupun dari semalamnya, masa admit wad, baru 2cm. Tapi Alhamdulillah selepas duk labour room dari jam 11.30 malam, Zhofeer lahir 29 minit kemudian.. 11.59 malam. Alhamdulillah...

Rasanya sebelum ni, saya pun ada postkan pengalaman melahirkan si kecil ni, boleh baca di sini... Tapi, dah nak Ramadhan ni, teringat pula dengan kelahiran si kecil Zhofeer yang buatkan ibu tak dapat puasa sebulan. Hehehe... InsyaAllah, tahun ni dapatlah berpuasa dan beraya. (sebab tahun lepas beraya pun dalam pantang lagi).

So... Happy 1st anak ibu abi, Ahmad Zhofeer... Nanti 14 July ni, kita celebrate lagi ye... Semoga menjadi hamba Allah yang taat dengan suruhanNya dan berjaya di dunia dan akhirat. Ameen... Abang Beel, Abi dan Ibu love you loads...

Tuesday 2 July 2013

FUHHH (Lagi sekali dan Lama sikit)

salam all...

Fuhhh!!!! Kali ni lama sikit tiup tu... dah bersawang benar blog ni. Dah lama tak mengupdate nya. Mahu tak, asal saja buka komputer, ada aje la budak besar tu sibuk nak tengok You Tube... Nak study pun tak dapat, apatah lagi nak mengupdate blog.

Banyak perkara dah berlaku dlm masa dekat setengah tahun tak update ni. Ramadhan akan datang sekali lagi, InsyaAllah... bermakna lagi beberapa hari, my second son, Ahmad Zhofeer akan meyambut birthday nya yang pertama. Cepat betul masa berlalu...

Dalam masa tak mengupdate ni, abangnya Zhofeer, Ahmad Syabeel (our darling IVF baby) dah menyambut birthdaynya yang ke 3 (30 Mac lalu). Tahun ni serba ringkas. Tak menghantar ole-ole ke Fertility Center IIUM kat Kuantan ni pun. Bukannya terlupa, tapi schedule saya yang tak mengizinkan. Saya dan anak-anak di Johor Bahru, abi mereka di Kuantan.

General Election pun dah sudah. 5 Mei tempoh hari. Hari tu Syabeel kena admit wad sebab jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia). Dengan takde warning, virusnya cepat betul menyerang. Batuk dan selsema baru sehari, demam pula tak sampai 10 jam. Tapi... Subhanallah... Macam dah nak mati anak sorang tu. Bernafas pun tak boleh... (Macam kejam kan cakap macam ni, tapi itulah hakikatnya - Abinya terpaksa tepuk2 pipi tak nak si anak terlelap sepanjang perjalanan ke hospital).

6 Mei -  my birthday. Terpaksa 'sambut' dalam wad di Kuantan Specialist Hospital sebab temankan si Syabeel. Dia warded for 5 days. Kami 4 beranak berkampung la dalam wad tu. Beralaskan toto dan berbantalkan bantal dari rumah... Pengalaman yang mengerikan. So takde langsung la rasa nak celebrate birthday ke apa...

Anyway... selamat menyambut Ramadhan... Semoga ibadah kita diterima Allah...