Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Friday 8 November 2013

Mana Pergi Rumahku???

Fuhhhh... Lama bebenor dah tak mengupdate blog ni. Lama dah tak online lama-lama. Berebut dengan anak lah.. Dah besar ni asyik nak you tube je. Ibu nak buat kerja lain pun tak boleh. Nak study pun kena curi masa lain. Nak login FB pun kena guna phone je. Ni pun baru celik mata ni, dah mengaruk dah, nak tube... Hish budak ni...


Tadaaaaaa....

Ibu!!! Let me in!!!

  Satu lagi alasan naper tak update, sebab dua tiga bulan kebelakangan ni pun sibuk dengan urusan nak masuk rumah baru. Now, Alhamdulillah... Masuk dah sebulan dah pun. Banyak lagi barang-barang lama tak susun lagi. Sikit-sikit la.

Tempat anak main masak-masak

Pindah rumah ni walaupun tak sejauh mana, penat tu memang tak dapat nak dinafikan. WOOOO penat.... Dulu duk rumah quarters guru. (Alah... rumah sangkar burung tu...). Rumahnya kecik je, tapi bila sibuk2 pindah barang ni... banyak rupanya barang-barang yang terkumpul kat situ. Maklum la dekat 10 tahun duk kat situ. Alhamdulillah ada rezeki anak-anak ni, dapat la merasa duduk kat rumah besar sikit. Ada laman kat tepi, boleh la depa lepas buas. Tak pernah sunyi rumah (kecuali time depa tido). Si abang berlari2 dalam rumah, lompat2 kat sofa. Adik pun tak nak kalah, duk gak mengukur rumah (dah setahun tiga bulan, tak nak jalan lagi).

Sofa tempat Beel n Zhof jadikan trampolin

Alhamdulillah... Memang syukur sangat dapat duk rumah baru. Ini je la harta dunia kami yang nak tinggal kat anak-anak. Harta lain takde nak bagi. Dulu memang tak rasa nak beli rumah, sebab takde anak lagi. Berdua je kami suami isteri. Dah ada Syabeel, baru la semangat nak beli. Alhamdulillah, now ada Zhofeer nak kongsi sama. Kami suami isteri pun kerja tempat yang sama. Pergi kerja sama-sama, balik pun sama-sama. Takde pulak la keperluan nak tambah kereta satu lagi ke. Pas tu rumah ni pun kami berkongsi je beli. Susah senang sama-sama... InsyaAllah....

Peti sejuk yang ibu sorokkan aiskrim n coklat Beel

Kalau sapa2 nak datang jemput la datang ye...Kecik je rumah kami...

0 comments:

Post a Comment