Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Saturday 20 September 2014

Blog Writing: Guna Gadget Baru Canggih

Baru aje install blogger kat phone. So nak try la mcm mana output nya. Ok ke, tak ke...
Kita test dulu la yek. Nanti kita boleh buat entry lain kali. (Dah 2 hari tak update blog dengan entry baru - marah tak coach2 saya tu).

p/s: payah jugak nak type entry guna phone ni rupanya. Asyik salah ejaan dan lebih cenderung nak pakai short form. Sebab biasanya type SMS guna short form je kan... (perlu biasakan diri ye kalau nak lebih flexible)...

HAVOC!!! Mall Kena Serang

Sungguh kagum melihat ibu, mak, mama, mummy yang beranak ramai ni. Kagum dengan depa pi makan kat luar, pi jalan2 (lagi2 kalau tidak ditemani husband). Kagum dengan semangat dan kesabaran mereka melayan dan meng'handle' ragam anak2 yang ramai tu. Macam mana mereka ni boleh survive yek? Ada tips tak? Share la sikit... Aku ni ha, baru je beranak 3. Allah... Payah jugak rupanya, nak buat aktiviti2 luar bersama mereka ni. (Sila baca, Window shopping).

Kisahnya semalam keluar dengan anak2. Bertemankan Tok Teh dan juga Opah mereka. Sebenarnya anak2 yang temankan ibu ni menemani Opah mereka. Abi budak2 ni tak de. Teman semasa makan aje la. Lepas tu pergi ofis balik. Biasa la budak2 ni dengan ragam masing2. Dengan Syabeel yang merengek2 nak main taman kat atas (tak jadi shopping Tok Teh ngan Opah), dan dengan si Farheen yang meragam tak nak duduk dalam wrap (dah la Ibu ni baru nak berjinak2 dengan baby wearing). Havoc la kejap Megamall semalam. Zhofeer je la behave sikit. Duduk dalam stroller sampai tertidur...

Las-last semalam 2 kali pergi Megamall. Bagi Syabeel main kat taman puas2. Lepas ni susah la pulak. Ibu tak boleh nak balik Kuantan 2 bulan pas ni. Kena duk JB, pi fakulti buat Lab. So main la puas2 anak... Kali ke2 tu, Zhofeer pun join la abang dia main sekali.

Semalam bukan la kali pertama ber baby wearing. Memang sangat baru dalam baby wearing ni. Anak2 yang sebelum ni, ada juga try, tapi tak berapa berjaya sebab depa tak suka sangat. Dah ada anak 3 terpaksa la ber baby wearing semula. Kali ni guna Moby wrap je. Sebab akan selalu jauh dengan Mr Hubby, banyak benda la yang kena buat sendiri dengan anak2. So semalam tu kira practice lagi la guna wrap.

Tergerak hati nak guna wrap ni sebab tengok ofis mate guna dengan anaknya. Nampak macam mudah jek. Sebab guna wrap dan RS. Masih baru yek dalam hal ni. Tanya aku pun, bukan boleh jawab sebab tak banyak membaca lagi pasalnya. Selama ni guna Baby Bjorn tu jek. Itupun yang adik hadiahkan masa Syabeel lahir 2010 dulu.

Tapi setakat ni guna Moby wrap tu, boleh la juga. Sebab baru lagi, nak memakainya makan masa lagi la. Nak sarungkan anak pun macam tak betul lagi. Tengok You Tube macam senang jek... Tapi... memang kena practice lagi. Alhamdulillah... dukung anak tak la terasa berat sangat. Sebab dia melekap kat dada. Mudah sikit la dia nak tido. Cuma takut lagi nak lepaskan tangan. Mesti jugak tampung badan dia. Takut jatuh... (Kalau ada active baby wearers yang baca ni, mohon tunjuk ajar n bagi tips yek).

Farheen dalam Moby Wrap
Nak kena beli lagi wrap lain ni ;P

By the end of the day yesterday, terasa juga la kepenatan melayan anak2 walaupun tak lama sangat keluar rumah. Tak sampai 5 jam pun kat mall tu... Malam tu sebelum tidur amik dulu 4 biji ostematrix Shaklee. Supaya tak terasa la lenguh2 kaki dan pinggang sebab melayan anak2 di mall tanpa Abi depa...

Next time keluar jalan2 window shopping WAJIB bawak Abi sekali ye anak2...


Thursday 18 September 2014

Mealshakes & Omega Guard: Anak Jadi Pandai Menjawab???

Ahmad Syabeel... Ahmad Syabeel... Rajin sungguh tengok anak yang sorang ni. Tengah2 malam masih tak tidur. Awal2 pagi baru nak tidur. Selalu la habiskan masa sorang2. Ibu n Abi dah tak larat nak buka mata anak oooiii!!!

Syabeel ni dah kami hantarkan ke school. Walaupun baru 4 tahun. Enroll kat Genius Aulad Kuantan. Dekat je la dengan ofis Abi dia. Hantar dia ke sekolah pada usia yang semuda tu bukanlah untuk dia belajar sangat. Nak dia belajar berkawan aje. Belajar dengar arahan (dengan Ibu dan Abi kat umah... hampeh...tak jalan). Kalau kat rumah ni, asyik tengok TV aje. Balik2 Oggy, Tom & Jerry, Pink Panther... (sila la ulang dari pagi, petang, malam - Ibu boleh muntah tengok ulang2). Asal nak tukar channel lain je, start la pipework dia (pipe kering - suara je yang lebih). Anak2 aku ni, SEMUA drama king n queen - macam Ibu depa.

Syabeel 1st day on earth (30 March 2010)

Walaupun Syabeel baru aje masuk sekolah selepas cuti pertengahan tahun hari tu (16 Jun 2014), nampak la improvement kat dia. Boleh dah ikut arahan yang simple2. Bukan dia pergi sekolah tiap2 hari pun. Selalu jugak dia ponteng (padahal pergi sekolah bukan lama mana pun. 2 jam setengah ke 3 jam je). Pagi2 nak suruh bangun tidur nak pergi school, mmuuuddddaaahhh la sangat. Hantar kat sekolah, buat la muka ala2 seposen tu. Nak suruh Ibu dia simpati kat dia (mula2 hantar, Ibu yang buka pipe), tapi sorry anak ye... Hati ibu dah boleh flexible dah... hantar sekolah, hati kasi keras sikit. 

Syabeel 1st day at school (16 June 2014)

Balik school aje seronok muka. Ada je benda yang dia nak. Syabeel tak pernah nak cerita apa jadi kat sekolah, walaupun banyak kali Ibu dan Abi tanya. Soalan yang biasa tanya pun "U had fun today at school?" "What did U do today at school". Jawapan dia senang je... "YES" "YES" dan "YES". dengan gaya malas nak layan tu...Kalau ajak reading kat rumah, pandai la dia jawab "No Ibu. Reading at school only, with teacher" (Bijak sangat la ko anak wei)

Terlebih vitamin apa la ko anak? Bijak sangat menjawab cakap orang tua ni? Ibu bagi Mealshakes bukan selalu. 1 sudu je 4 kali seminggu. Omega pun 1 sebiji je 3-4 seminggu... Apakah ini dilemma ibu2 yang bagi anak Vitamin Shaklee? Selera makan, Allah... sampai takut Tok ngan Nenek tengok. Macam nak pecah perut makan. Sakit2 pun dah tak kerap sangat dah (rasanya dah lama tak demam2). Kalau sakit pun InsyaAllah sekejap je dah baik. Ekzema pun dah hilang sama sekali.

Entry anakanda berdua Zhofeer and Farheen, next time la pulak. Mau keluar sudah ni... Nak kena siapkan mereka dulu. Nak siapkan utk baby wearing (1st timer. Kena prepare dulu)...

Wednesday 17 September 2014

The Story of Mother of 3

Sedar tak sedar dah 52 hari dah usia Aisyah Farheen binti Fitri Sani. Aku pun dah officially jadi ibu beranak 3. Alhamdulillah... Siapa sangka yang dulu susah nak dapatkan zuriat, diagnosed with PCOS dan mempunyai sebelah tiub fallopio yang berfungsi, dapat anak 2 tahun sekali. Alhamdulillah Ya Allah... Syukur atas nikmatMu ini.

Memang journey nak dapatkan anak ni memang sangat sukar bagi aku dan hubby. Hanya selepas 6 tahun kahwin, baru dapat menimang cahaya mata. Banyak dah usaha kami berdua buat. Modern ke tradisional ke... banyak dah kami redah.

Cahaya mata kami yang sulung adalah hasil produk bayi tabung uji (IVF). Tak pernah dulu terfikir akan dapat anak dengan cara ini. Alhamdulillah. First time buat IVF, terus dapat seorang. Tapi sebelum2 tu, 4 kali buat permanian beradas (IUI), kena ectopic pregnancy (1st time buat IUI) - kandungan luar rahim, potong sebelah tiub fallopio. Nak buat IVF pulak, 2 minggu juga kena suntikan hormon (untuk matangkan ovum). 2 minggu tu kira lama lah. Biasanya 7 hari dah matang dah. Lepas tu masa ovum pickup. Hampir sejam di bilik rawatan. Hanya dapat sebiji ovum yang doktor kata gred B. Ovum yang lain semua kosong. Telur yang ada shell je, isi takde. Orang lain yang ovum pickup hanya setengah jam je dengan hasil tuaian berbelas2 biji ovum yang boleh dipreservekan untuk kegunaan yang akan datang. Tengok tu... susah nak dapatkan anak yang sorang tu...

Ahmad Syabeel the IVF Baby

Alhamdulillah... 30 Mac 2010, lahirlah zuriat sulung tu. Diberikan nama Ahmad Syabeel. Now he's 4 years plus dah. Next come Ahmad Zhofeer (14 July 2012). Anak pertama yang normally conceived and delivered (Syabeel lahir ikut tingkap - C-Sect), now 2 years plus. 1st time rasa sakit bersalin. Alhamdulillah, tak lama rasa sakitnya. Kemudian, sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri (27 July 2014), lahirlah pula puteri sulung, yang mana sama macam Zhofeer, conceived and delivered normally.

Ahmad Zhofeer the 1st Normally Conceived and Delivered Baby

Aisyah Farheen the 1st Baby Girl

Itulah tanda2 kekuasaan Allah s.w.t. Hebat tak hebat. Diberikan segala ujian yang mana mengingatkan kita untuk sentiasa memohon, merayu dan mengingatiNya. Sedikit nasihat kepada mereka yang belum dapat zuriat, banyakkan berdoa pada Allah. Ingat Dia, Dia akan ingat kat kita. Minta dengan Dia. Sesungguhya segala rezeki itu dariNya. Ingat lagi kata2 doktor IVF, dia dah cuba yang terbaik, selepas ini, semuanya adalah ketentuan Allah. Memang betul. Doktor dah tak berkuasa lagi dah menentukan perjalanan ovum dan sperm yang dimasukkan dalam rahim tu. Semuanya kerja Allah...

Kalau orang tanya, ada makan apa2 ke tetiba je mudah dapat anak? Lagi2 bila tahu aku ni Pengedar Shaklee. Jawapannya, aku makan supplement bukan nak dapatkan zuriat. Makan supplement sebab nak badan sihat. Sejak kenal Shaklee sebelum Zhofeer lahir, badan rasa sedap aje bila makan Shaklee. Taklah rasa melepek. Pernah saya postkan entry kesan pengambilan ESP masa nak bersalinkan Zhofeer tu. Boleh baca semula kat sini. Baby Farheen ni memang baby Shaklee. Sejak dari dalam perut, ibu dia consume Shaklee. Until today. Aku hanya consume yang basic je. Vitalea, B-Complex, Vitamin C SR, Ostematrix, Omega Guard dan ESP. Sejak sebelum pregnant pun. Kadang-kadang amik Vivix dan Collagen. Semua Shaklee punya (masa pregnant tak amik la 2 supplement ni). Masalah time pregnant adalah darah tinggi. Setiap kali pregnant setiap kali tu darah tinggi. Ubat doktor pun amik, Shaklee pun amik. Doktor tak bagi vitamin lain cuma ubat darah tinggi tu je la. Dia tanya vitamin lain tak amik ke? Aku cakap je aku amik Shaklee. Takde la doktor tu nak mengomen. Setiap kali jumpa dia semua ok aje. Tekanan je la naik turun naik turun.

ESP - untuk membekalkan protein dalam badan. Sebab sel2 dalam badan terbina dari protein, jadi pengambilan ESP ni dapat membaiki sel2 dalam badan (itu agaknya agak produktif. 2 tahun sekali dapat anak). Maklumlah badan aku ni dah kerap sangat disuntik dengan hormon selama lebih 5 tahun (kesannya badan macam dipam-pam).
Vitalea - Multivitamin yang terdiri dari 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Lagilah dah ada Iron kat dalam tu. Iron (zat besi) diperlukan untuk membantu dan memulihkan paras hemoglobin dalah darah terutamanya untuk ibu2 hamil.
B-Complex - Mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Asid folik penting untuk wanita mengandung dan telah terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.
Vitamin C - Untuk meningkatkan sistem immuniasi badan. 1 tablet Vit C Shaklee = 7 setengah biji oren (Larat ke korang nak kupas oren 7 setengah biji sehari??)
Ostematrix - membekalkan kalsium untuk pertumbuhan tulang. Ibu mengandung perlu lebih banyak kalsium. Nanti baby sedut kalsium ibu, nak bina tulang dia. Lagipun pengambilan ostematrix ni dapat kurangkan muscle cramp dan hilangkan lenguh2 pinggang. Nak melawas pagi-pagi pun mudah jek.
Omega Guard - Minyak ikan terbaik di dunia. Mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi. EPA untuk sihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Babykan nak membesar dalam badan, pengambilan oleh ibu mengandung sekaligus dapat dikongsi dengan baby.

Macam yang disebutkan awal tadi, aku tak bergantung kepada supplement nak dapat anak (makan pun on off on off). Mungkin sebab ambil supplements, sel2 dah bertambah baik, mudahlah nak dapat anak. Tapi yang penting, kena minta dengan Allah. Allah yang berikan rezeki tu. Kalau makan supplement banyak mana sekalipun, Allah tak nak bagi lagi, jangan pulak kita salahkan supplements tu. Tak berkesan lah, buat habis duit lah... Macam-macam alasan. Tengoklah diri kita semula. Cermin balik betul2 diri kita. Ada tak kita buat apa yang Allah suruh kita buat? Ada tak kita bergantung sepenuhnya pada Allah? Ambil supplements tu cuma usaha kita yang tak seberapa. Tak salah untuk kita berusaha malah digalakkan lagi. Fikir dan renungkan balik.

p/s: mesej ini bukanlah untuk tunjuk kealiman atau kewarakan diri... cuma perkongsian pengalaman sepanjang journey nak dapatkan anak...

Performance Drink Shaklee: "Kami Kena Paksa Minum!!!"

Fuhhh... Lama betul tinggal blog ni. Dah terlebih bersawang dah ni. Anyway, kena rajin2 dah lepas ni nak meng'update'. Kalau tak nanti coach tak nak jadi coach dah... Hehehehe...

Ringan2 la dulu entry ni, nanti berat2 orang malas nak baca dah (glamour sangat, orang berlumba2 nak baca)... Ameen... Doakan tu...;p

Anyway, yesterday was hubby dearest birthday. Birth dates hubby (both Hijrah and Masihi), dia bagi cuti kat semua rakyat Malaysia. 16th Sept sekali dengan Malaysia Day and 2nd Syawal, Hari Raya Aidilfitri. Itu la, mak mertua bagi nama Fitri Sani. Gembira dapat anak Syawal, mak kata, mak lupa letak Muhammad kat depan (adik beradik lain semua ada Muhammad - orang dulu eja Mohd). Lain dari yang lain hubby aku ni sorang. Agak2nya sebab tu ke perangai tak macam adik beradik yang lain??? Mmmmm...

Hubby with his Mak dearest
Lauk2 lontong pun dah nak abis

Celebration tak lah gah sangat, maklumlah birthday boy dah lanjut usia (biarpun masih 3 series, tapi dah nak hujung2 dah). Cuma buat doa selamat kecil-kecilan yang diketuai oleh yang empunya majlis. Lepas tu makan2 je la. Menu pun boleh tahan sedap. Walaupun aku masak memang sedap (Ameen...), tapi semalam kami tempah aje. Catering jiran. Ulang tempah, sebab masa aqiqah Farheen orang kata makan sedap. Masa tu baru 7 hari pantang, takde la nak merasa. Kali ni baru boleh. (ooo... tak de entry lagi pasal baby Farheen - nampak sangat kerajinan mengupdate blog. Nanti yek, update next2 time). Berbalik pasal makan tadi, kami tempah makanan Johor, Lontong Kering. Tapi sebab jiran ni baik hati, dia buatkan juga kuah lontong, so dapatlah Lontong Kering dan Lontong Basah. Plus satu menu special, Mihun Goreng Tomyam (masakan Marliana - kawan opis yang dah merangkap sedara). Air minuman lak, buat air teh yellow (kegemaran Syabeel n Zhofeer - yang abi dia buat jek), sarsaparila dan air oren yang dicampur dengan performance drink (PD) Shaklee (double orangy taste - yummy). Kek? Takde la kek fancy2 bagai. Kek Resepi Rahsia pun takde. Tapi kek yang cukup special. Dibuat dengan penuh kasih sayang oleh adik kesayangan hubby. Jangan tak percaya, kek oren (lagi!!) special oleh Mukhlis Hakim.

Kek Oren Special Mukhlis Hakim

Guest list takde lah ramai pun. Mostly family dan jiran je. But ada one special guest. Selalu gak ajak special guest ni datang, masa aqiqah anak2. Tapi dek kerana kesibukannya, takde la dapat nak memenuhi undangan tersebut. Special untuk majlis hubby ni la kot, datang bawak 1 family. Dr Ahmad Murad Zainuddin (doktor yang kami jumpa sepanjang journey nak dapatkan anak yang sorang tu). TQ for coming doc. Seronok tengok gelagat Dr Murad dengan wife and 3 anak bujangnya. Main lambung2 Farheen sama macam lambung2 Zhofeer masa datang raya kat rumah Dr 2 tahun lepas. 

Dr Ahmad Murad and family
Tersesat kat situ little Farheen

Rumah macam biasa, keadaan terkawal sebelum majlis bermula. Lepas dah jadi taska dengan kehadiran anak2 kecil yang berjumpa sesama mereka, mula jadi havoc (disebabkan PD Shaklee yang dicampurkan dalam minuman oren itu kah???). Biasa la budak2. Marah2 sangat nanti membesar takde kasih sayang. Biarkan mereka. Meneroka dunia di rumah yang tak segah mana ni (tak sampai setahun lagi duduk sini, bermacam-macam mural dah ada). Walaupun dah hampir tengah hari (yang kebanyakan dewasa akan terasa sedikit 'lemau' - lemah longlai tak bermaya), tapi nampak gayanya, masih lagi dalam mood ceria. Kesan pengambilan PD secara paksa dan tanpa rela mereka. ;p
Baby Farheen pun dah mula menunjukkan tanda2 tak nak tidur. Ini mungkin disebabkan kesan pengambilan PD yang diminum menerusi susu ibu (yang mengambil PD bersama para tetamu). Sememangnya PD berupaya membekalkan tenaga untuk kegiatan harian. Ini telah terbukti secara klinikal dalam memelihara gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu untuk penghidratan yang optimum (sempat lagi iklan tu)...

Alhamdulillah... Majlis telah berjalan dengan lancarnya dalam suasana yang penuh ceria. Gelak ketawa memenuhi ruang rumah sepanjang majlis yang sepi tanpa mana2 band jemputan (tak lupa juga jeritan anak2 yang berselang seli dengan jeritan ibu mereka ini).

Hubby dear, Happy Birthday To You. Semoga Allah merahmati hidupmu dunia akhirat dan semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu. I love you to the moon and back. And so do the kiddos (Syabeel, Zhofeer and Farheen). HAPPY BIRTHDAY ABI!!!