Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Friday 31 October 2014

Kasih Sayang Allah | Bagaimana Mengukurnya?

Sumber gambar: Google

Imam Muslim meriwayatkan melalui Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya, Allah memiliki 100 rahmat. Diturunkan satu rahmat daripadanya (dan diberikan) kepada jin, manusia, binatang ternakan dan binatang yang berbisa. Maka dengannya mereka saling berbelas kasihan dan saling merahmati. Dengannya juga binatang buas mengasihi anaknya.

Allah s.w.t. menangguhkan baki 99 rahmat lagi untuk Dia merahmati hamba-Nya dengan rahmat itu pada hari kiamat."

SUBHANALLAH... Besarnya rahmat Allah kepada makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Bayangkanlah sendiri, kehidupan di dunia sekarang ini, (yang sedang berlaku ketika ini) adalah hanya satu peratus dari rahmat Allah. Subhanallah... Maha Suci Allah... Allahu Akhbar...

Tiada siapapun yang dpaat menandingi kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Allah memberikan kasih sayang kepada sesiapa sahaja tanpa meminta sedikit pun balasan. Berbeza dengan makhluk yang memberikan kasih sayang kerana ingin mendapat pulangan kasih yang diharapkan. Ini kerana Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak dikasihi."

Itulah kasih sayang sesama makhluk yang mempunyai sempadan dan hadnya.

Satu kisah yang menarik yang nak saya kongsikan ini terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w.

Seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikirannya untuk mencari anaknya yang hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak dalam tempat tawanan tersebut, dia akan menimang kanak-kanak itu dan menyusukannya.

Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, lebih daripada ini
Gambar: pak cik Google

Melihat betapa kasihnya seorang ibu kepada anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada sahabat-sahabat: "Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?"

Jawab para sahabat: "Tentu sekali tidak."

Rasulullah lalu bersabda: "Allah lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya."

Kasih Allah s.w.t. sememangnya tidak bertepi dan tiada sempadan. Bahkan tidak setara dengan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Kasih sayang dan kurniaan Allah terlalu luas kepada hamba-Nya, walaupun mereka melakukan sebesar-besar dosa dan maksiat.


Adakah Kasih Sayang Allah Diukur dengan Kesenangan Dunia?

Jika kita perhatikan sekeliling kita, orang yang kafir dan ingkar di dunia, mereka tetap hidup mewah dan senang lenang. Malah orang Islam juga turut mendapat kesenangan walaupun bergelumang dengan maksiat. Itu semua adalah kasih sayang Allah s.w.t.

Makhluk yang mendapat kesenangan di dunia bukanlah ukuran bahawa mereka saja yang mendapat rahmat Allah. Manakala orang yang susah hidupnya di dunia, bukanlah bermakna Allah s.w.t. tidak kasih kepada mereka.

Kaya atau miskin | Semua tanda kasih sayang Allah
Gambar: pak cik Google

Bukankah semua para nabi dan rasul itu kekasih Allah? Mereka semua menghadapi cabaran dan kesusahan dalam perjalanan hidup mereka, namun merekalah yang paling banyak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Kadangkala ujian dan cabaran hidup merupakan tanda kasih sayang Allah secara hakikatnya, walaupun tidak pada zahirnya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan kepadanya, dia akan diuji daripada-Nya."

Sebenarnya secara tidak sedar, kita melalui proses untuk menjadi orang beriman yang sebenar kerana orang yang beriman akan diuji oleh Allah s.w.t. Maka, sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita, kita dipilih oleh Allah untuk mendekatkan diri kepada-Nya.


Bagaimanakah Allah s.w.t. Mengasihi Hamba-Nya?

Halal dan haram adalah bentuk kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Suruhan dan tegahan daripada Allah tanda begitu kasihnya Dia agar kita tidak terjerumus dengan tipu daya syaitan yang menyesatkan.

Setiap anggota tubuh terutamanya akal adalah nikmat Allah yang tidak dapat dihitung dan dibalas. Dengan pancaindera yang pelbagai, manusia menjadi sangat mulia daripada makhluk-makhluk lain.

Islam dan iman adalah nikmat yang terbesar yang kita perolehi. Bayangkan, orang kafir walaupun melakukan kebaikan sebesar gunung sekalipun, tiada nilai langsung di sisi Allah s.w.t., jika dibandingkan dengan kebaikan orang yang beriman, walau sebesar kuman, tetap akan diberikan balasan yang setimpal. Satu kebaikan yang dibuat, akan dibalas dengan 10 pahala. Firman Allah yang bermaksud:

"Sesiapa yang membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) 10 kali ganda amalnya. Sesiapa yang membawa perbuatan jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dizalimi (dirugikan)."
Surah Al-An'am; 6:160

Sekiraya hendak disenaraikan, sudah pasti kita tidak mampu unutk menghitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Semuanya adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.


Apakah yang Perlu Kita Lakukan Untuk Mendapat Kasih Allah?

Sangat mudah jawapannya: 

Kita terlebih dahulu hendaklah mencintai Allah s.w.t. melebihi dari segala-galanya, supaya kita dapat menggapai kasih-Nya kepada kita.

Kesimpulannya... Nak tau macam mana Allah sayang pada kita, bukanlah pada kesenangan hidup atau kemewahan yang dikurniakan kepada kita. Tetapi, macam mana Dia beri keupayaan kepada kita untuk melakukan segala perintah-Nya. Lagi banyak kita solat (fardhu atau sunat), lagi banyak kita membaca Al-Quran, lebih banyak kita berzikir dan lebih banyak kita mengingati-Nya... Haaaa....Itulah tanda Allah semakin sayang pada kita.

Cuba kalau esok, kita tak solat Subuh... Percaya tak, itu tanda Allah tak sayang pada kita???

Fikir-fikirkan dan selamat beramal...


Sumber: Majalah al-Ustaz (Isu ke-2)
Kecuali kesimpulan itu... yang mana ianya adalah pandangan saya semata-mata...


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan.

Thursday 30 October 2014

Shaklee | Confirm Halal Ke???

Betul ke Shaklee ni Halal??? Kat botol vitamin-vitamin yang saya beli TAKDE pun cop HALAL?? Ke sebab awak nak lakukan sales awak, awak suka-suka je kata dia Halal.!!! Mana bukti???

Isu Halal adalah satu isu yang tak boleh nak dipandang ringan. Terutamanya untuk kita yang beragama Islam. Kat Malaysia ni, produk-produk yang telah mendapat cop pengesahan dari JAKIM, memang confirm lah Halal. Kalau takde cop JAKIM tu, memang takkan beli la. Betul tak?

Kita lihat saja pada botol produk Shaklee, memang takde pun cop halal. Cop JAKIM pun takde, cop ha-lam-alif-lam yang cikai pun takde. Lepas tu pergi farmasi, check pulak botol-botol vitamin lain, ada ke tak cop halal JAKIM tu?


Jadi HALAL ke Shaklee ni???

Produk-produk Shaklee yang terdapat di Malaysia, adalah produk-produk yang telah dijamin Halal. Tapi jaminan Halal ni bukanlah dari pihak JAKIM. Pihak JAKIM hanya membuat pengesahan Halal kepada produk-produk yang dibuat di Malaysia sahaja. Takkan lah kita nak minta pegawai-pegawai JAKIM di Malaysia ni. terbang ke serata dunia semata-mata nak ke kilang dan melihat proses pembuatan. Tak ke nama buang masa dan duit... Boleh je kan bekerjasama dengan badan-badan pengiktirafan Halal di negara tersebut. Divide and conquer kan?

Produk Shaklee telah disahkan halal oleh satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM, iaitu Islamic Services of America (ISA). Boleh layari sendiri di laman web JAKIM di www.halal.gov.my.

Ni yang saya printscreen masa rehat tadi 


Kat tepi blog saya ni pun ada sijil Halal dari ISA untuk Shaklee. Terkini ni untuk 2014. Nak tengok terang dan nyata, saya tempek gambar kat bawah ni.

ISA Halal Cert for Shaklee



Dah tu kenapa takde cop Halal ISA kat produk-produk Shaklee???

ISA tak boleh nak cop Halal kat botol-botol Shaklee kerana permohonan yang dikemukakan oleh pihak Shaklee dibuat secara group of product. Malahan, produk-produk yang berunsurkan ubat-ubatan dan supplements memang tidak wajib untuk dicop Halal.

Tapi apa yang wajib ada untuk produk-produk supplements atau ubat-ubatan adalah kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dan sememangnya produkShaklee ada kelulusan dari KKM.


So... dah jelas ke dengan isu Halal produk Shaklee ni? Saya pun hanya sampaikan melalui pembacaan dan kefahaman saya sendiri. Saya juga ambil Shaklee bukan untuk saya saje, malahan untuk ahli-ahli keluarga saya yang lain. Takkan la saya nak bagi mereka produk yang tak tentu Halal Haram nya. Ye tak? Anda bagaimana???


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan.


Wednesday 29 October 2014

11 Tahun | Sambutan Biasa-biasa Je???

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Syukur padaMu Allah kerana mempertemukan dan menyatukan hati-hati kami. Sungguh kami tak sangka dah 11 tahun lamanya melayari bahtera rumah tangga. Kalau yang tengok FB saya mesti pelik. Dalam setahun, lebih dari 2 kali celebrate anniversary. Giler celebrate ke hape orang nih kan???

Zaman takde budak2 kecik. Berjalan je la...

Hahahahaha... The reason yang ada lebih dari sekali anniversary celebration ni adalah disebabkan:


  • Anniversary perkahwinan mengikut kalender Hijrah - sehari sebelum awal Muharram.
  • Anniversary perkahwinan mengikur kalender Masihi - 21 Februari
  • Anniversary declaration (masa mula-mula bercinta dulu) - 12 Ogos

Banyakkan??

Anyway... 24 Oktober lepas, adalah sambutan anniversary perkahwinan kami ikut kalender Hijrah. Alhamdulillah... Dah 11 tahun dah. Anak pun dah 3. Semuanya masih kecil dan tengah dalam fasa menguji kesabaran ibu dan abi mereka. Macam ni la kami... Rezeki anak yang Allah kurniakan hanya selepas 6 tahun berkahwin.

Sambutan tahun ni pun, biasa-biasa saja. Serupa je macam tahun sudah-sudah. Kebetulan pula kali ni, adik-adik ada di rumah mak (di JB). Bawa la mereka makan kat luar. Makan kat kedai je la.

Hari tu, kami bawa adik-adik dan anak-anak makan di gerai Nasi Bubur Sentosa. Ye!!! Bubur Sentosa yang famous tu. Tapi tak la kami pergi sampai ke Sentosa sana, kat Taman U pun dah ada cawangannya. Yang ni memang yang ori punya cawangan ye... (dekat depan Kafe Nor - buka petang sampai malam)

Kat Taman U, JB tu, banyak tempat makan best. Maklumlah ada UTM kat situ. Kedai makan pun macam cendawan tumbuh untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang sentiasa kelaparan. Buka pun sampai awal pagi.

Gambar pun tak sempat ambik. Sampai makanan je, terus sesah... Dah nama bawak anak, telefon yang juga berfungsi sebagai camera tu, jadikan sebagai umpan atau rahsuah nak bagi depa senyap sikit. Kalau tak, berlari la sana sini... Tepi-tepi jalan bahaya kan!!!

Sekarang dah berlima. Berjalan2 pun kena cepat2.
With our loves:Syabeel, Zhofeer n Farheen

Dear Mr Hubby... I LOVE YOU SOOO MUCH. Mas selalu doakan jodoh kita ini sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t. Moga kekal bahagia dunia dan akhirat...

Kawan-kawan... Doakan lah jodoh kami berpanjangan, dunia dan akhirat....


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan.

Tuesday 28 October 2014

5 Makanan Untuk Meriahkan Susu Badan

Sekiranya anda seperti saya, ibu yang sedang menyusukan susu badan kepada anak, anda mungkin tertanya-tanya apakah ada makanan yang khas untuk memeriahkan pengeluaran susu badan. Makanan yang mempunyai ciri-ciri yang berpotensi dapat meningkatkan pengeluaran susu dinamakan sebagai lactogenic food atau nama terbelit lidahnya, galactagogue (saya sendiri tak reti nak sebut).

Walaupun anda seorang yang rajin untuk mengepam susu dan sering melakukan penyusuan terus kepada bayi, penambahan lactogenic food (LF) ini ke dalam diet seharian, dapat membantu menambahkan susu anda. Sebenarnya banyak LF yang ada di luar sana. Semuanya bergantung kepada amalan dan tradisi di sesebuah tempat itu.

Entry kali ni saya nak share 5 je dulu. Nak tau apakah makanan tersebut. Jom baca sehingga habis entry ini.


LF 1 | Oatmeal

Oatmeal, sebagaimana ramai yang tahu, mempunyai ciri-ciri yang membantu untuk menurunkan kadar kolestrol dan juga mengawal tekanan darah yang sihat dalam badan. Ciri-ciri ini juga boleh membantu fungsi-fungsi lain dalam badan termasuklah proses laktasi.

Makanan Tambah Susu Badan

Bukan sahaja kerana nilai nutrisinya, oatmeal juga boleh menjadi comfort food. Sekiranya oatmeal ni adalah comfort food anda, ianya dapat membantu anda untuk relax, di mana boleh membantu badan untuk melepaskan oxytocin (sejenis hormon yang terlibat dalam penghasilan susu badan). Lebih banyak anda relax, lebih banyak oxytocin yang terembes dan sekaligus lebih banyak susu badan dapat dihasilkan.


LF 2 | Bayam (Spinach)


Makanan Popeye... Bayam merupakan sumber yang amat bagus untuk kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin K dan folate. Folate (atau asid folik) adalah sangat penting untuk wanita mengandung dan juga yang menyusukan bayi dengan susu badan.

Makanan Tambah Susu Badan

Sayuran berdaun hijau, seperti bayam ini, juga mengandungi phytoestrogens, yang mana dipercayai dapat membantu kesihatan tisu payudara dan laktasi. Phytoestrogens adalah bahan kimia berunsurkan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai persamaan dengan estrogen.


LF 3 | Lobak Merah (Carrots)

Lobak merah merupakan LF yang sering dilupakan. Seperti juga bayam, lobak merah mengandungi phytoestrogens. Lobak merah juga tinggi dalam kandungan beta-carotene dan vitamin A, yang mana sangat penting untuk ibu-ibu menyusu dengan susu badan.

Makanan Tambah Susu Badan

Jus lobak merah adalah sangat bagus untuk ibu menyusu badan. Ianya dipercayai akan menyediakan tenaga yang banyak yang sememangnya diperlukan oleh ibu-ibu menyusu. Malah ia juga boleh meningkatkan pengeluaran susu yang lebih berkualiti.


LF 4 | Betik Hijau (Green Papaya)

Buah betik secara amnya telah digunakan di banyak tempat di Asia sebagai salah satu makanan yang dapat membantu proses laktasi. Pernahkan dengar Som Tam (salad betik hijau - betik muda) --- kalau pergi restoran tomyam mesti ada jual som tam... try la...

Makanan Tambah Susu Badan

Enzim yang terdapat dalam betik muda ini dikatakan boleh menyumbang kepada kesihatan tisu payudara dan membantu proses laktasi. Betik juga adalah salah satu bentuk sedatif yang natural. Fungsi sedatif ini boleh membuatkan anda tenang dan lebih tenang keadaan anda, lebih banyak susu yang terhasil.


LF 5 | Air (Water)

Ya... Secara teknikalnya, air bukanlah sejenis makanan. Tapi kadar pengambilan air adalah amat penting untuk menambahkan susu badan anda. Proses penyusuan memang akan mengurangkan jumlah air dalam badan. Jadi memang patutlah ibu menyusu perlu minum banyak air supaya kekal terhidrat dan boleh mengeluarkan susu yang lebih banyak.

Makanan Tambah Susu Badan

Tapi berhati-hatilah, sekiranya kita minum terlalu banyak air disebabkan tahap dahaga yang melampau, air yang kita minum itu berkemungkinan boleh mengurangkan pengeluaran susu. Macam mana nak senang? Haaa... minum lah air ketika kita dahaga atau sebelum nak menyusu tu, ambil secawan besar air dan minum. Simple kan?


Nak tambah susu dengan Shaklee je???

Dah dua kali saya melalui proses penyusuan badan kepada anak-anak dengan mengambil supplements Shaklee. Antara yang paling top untuk menambahkan susu badan adalah ESP dan juga Alfalfa Complex (set bajet... sesuai untuk yang baru nak mencuba). Kedua-dua supplement ini bertindak sebagai milk booster. InsyaAllah dengan pengambilan yang betul, susu anda akan bertambah meriah.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan.


Monday 27 October 2014

4 Fakta Vivix Shaklee Adalah Sirap Ajaib Terbaik Dunia

Shaklee telah memperkenalkan satu produk yang sangat power dalam anti-penuaan tahap selular. Apakah produk itu??? Jeng... jeng... jeng... Tak lain dan tak bukan VIVIX. Shaklee telah melakukan penyelidikan bertahun-tahun lamanya untuk membangunkan Vivix, yang mana merupakan satu supplement anti-penuaan yang terbaik di dunia. Ujian klinikal ke atas ramuan utama Vivix adalah eksklusif untuk Shaklee sahaja.

Vivix Shaklee
Sirap Ajaib, Vivix Shaklee

Kajian juga telah mendapati, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisme utama penuaan pada tahap selular ini.


Apakah 4 mekanisme tersebut? Bagaimana Vivix membantu?

Mekanisme 1 | Kerosakan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang boleh merosakkan DNA kita. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, dan menghasilkan satu 'typo', (sama macam kita typo masa menaip), yang akan mengganggu fungsi sel.

Vivix mempunyai ramuan yang akan dapat melindungi dan memperbaiki selular DNA.


Mekanisme 2 | Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular.

Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.


Mekanisme 3 | Pengeluaran Tenaga yang Kian Menurun oleh Sel-sel
Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungi sel turut sama menurun.

Ramuan Vivix menggalakan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.


Mekanisme 4 | Penimbunan Protein AGE
Penimbunan lebihan protein AGE (Advanced Glycation End products) boleh menyebabkan kerosakkan pada tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel.

Vivix Shaklee
Anggur Muscadine sebesar bola golf, dibandingkan dengan anggur biasa

Ramuan Vivix adalah SEPULUH kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan proses pembentukan protein AGE.


Dengan penemuan revolusionari ini, Shaklee menempah nama dalam penemuan produk anti-penuaan yang terulung. Berdasarkan kepada fakta di atas, kita sendiri boleh lihat, Vivix boleh melambatkan proses penuaan pada tempat mulanya proses tersebut, iaitu di dalam sel-sel tubuh kita. Dengan pengambilan Vivix, kita bukan sahaja lambat nampak tua, tetapi kita juga boleh menikmati kelebihan-kelebihan lain.

Ini disebabkan, Vivix juga membantu menjaga / memelihara kesihatan jantung, otak, sistem immunisasi, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga dan kesihatan secara menyeluruh.

Saya juga dah buat satu entry berkaitan dengan Viviv sebelum ini, beserta dengan testimoninya (Mr Hubby la...). Boleh baca di sini. Testimoni-testimoni lain akan saya kumpulkan dan akan saya publishkan dalam entry yang lain pula.


Untuk pertanyaan lanjut mengenai sebarang produk Shaklee, hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan ye...

Sunday 26 October 2014

13 Fakta Menarik Yang Ramai Ingin Tahu Mengenai Tubuh Kita

Memang teruja saya nak kongsikan mengenai 'biological clock' tubuh kita. Saya terbaca artikel ini dalam Majalah iSihat Bil. 67. Lama dah kot artikel ni, tapi sebab baru baca dan macam menarik je, saya nak kongsi jugak la...

Biological Clock


Jom baca...

Pukul 1-2 pagi: Fasa Tidur Paling Lena
Pada jam tersebut, aktiviti pelbagai sistem organ banyak yang direhatkan. Tapi bagi mereka yang sedang mengandung, hormon progesteron akan meningkat, sehingga peluang untuk melahirkan pada tengah malam selalunya lebih tinggi.

Baby 29 Ramadhan

Wah!!! Patut la... Zhofeer dan Farheen lahir pada waktu-waktu ini. Zhofeer 11.59 malam, Farheen 2.02 pagi... Syabeel 10.24 pagi sebab dia baby IVF dan wajib dioperate keluar (lebih-lebih lagi saya memang ada darah tinggi setiap kali mengandung...)


Pukul 4-5 pagi: Suhu Tubuh Paling Rendah
Masa ini, tubuh kita memang berada dalam keadaan rehat serehatnya. Mungkin itu sebab, jika kita bangun tahajjud ke, atau bangun study, kita akan rasa lebih segar.


Pukul 5-6 pagi: Peningkatan Tekanan Darah Paling Tajam
Produksi melatonin atau hormon yang memicu rasa mengantuk mulai berhenti, sementara tekanan darah meningkat paling tinggi dibandingkan dengan waktu lain. Penghasilan kortisol atau hormon stress meningkat sehingga otak yang berperanan memberi isyarat untuk tubuh bersiap sedia untuk bekerja seharian, tapi tak la sampai memicu stress.


Pukul 7 pagi: Hormon Seks Meningkat
Peningkatan testosteron pada lelaki mahupun wanita terhadi pada pagi hari, sehingga mampu untuk membangkitkan ghairah seks. Oleh sebab itu, menjadikan waktu pagi hari waktu yang tepat untuk bercinta.


Pukul 8 pagi: Pergerakan Usus Aktif
Jam ini waktu yang amat sesuai untuk membuang air besar. Ketika ini juga boleh dikatakan waktu kebanyakan daripada kita akan buat appointment dengan Mr Tan. Ini adalah disebabkan pergerakan usus paling tinggi pada waktu tersebut. Pengukuran berat badan pula adalah paling tepat dilakukan pada pagi hari setelah kita membuang air besar.


Pukul 9 pagi: Metabolisme Paling Tinggi
Waktu yang paling tepat untuk bersarapan pagi. Ketika ini, ada peningkatan pada tahap metabolisme. Ini bermakna lemak-lemak yang diserap dari makanan pada waktu-waktu tersebut tidak akan banyak disimpan dan akan diproses untuk menjadi tenaga.

Breakfast like a king


Pukul 10-11 pagi: Fokus
Pada waktu ini, tubuh dan fikiran kita akan mencapai tahap tangsangan ideal untuk beraktiviti sepanjang hari. Jarang ada yang mengantuk kecuali anda kurang tidur.

Ye la... Saya kalau membaca jurnal, time-time ni la yang baru rasa macam semangat nak buat kerja. Laju je kalau menaip pun. Idea mencurah-curah (macam la banyak sangat ideanya...). Tapi tak lama pun...


Pukul 11 pagi - 2 petang: Stress Meningkat
Selang masa yang diperlukan untuk memberi kesempatan pada tubuh dan fikiran untuk menrehat dan menyegarkan diri. Makan di luar bersama rakan boleh menyegarkan fikiran, sekaligus membiarkan tubuh terkena sinar matahari yang mampu memperkuatkan sistem imunisasi badan.

Shopping pun boleh release tension

No wonder la sekejap je fokus pada kerja. Time ni la yang buat otak rasa melayang-layang... Nak buat apa... Nak pergi mana... Mungkin tu sebab ramai dah time-time ni yang update status FB atau beronline... (Heheheh... jangan marah ha...). Takpe... nak kurangkan stress kan???


Pukul 2-3 petang: Koordinasi Terbaik
Tubuh membenarkan anda melakukan banyak hal sekaligus atau multi-tasking kerana kemampuan otak untuk melakukan koordinasi berada pada titik tertinggi. Walaupun begitu, disebabkan proses pencernaan makanan belum lagi selesai, kemampuan fizikal badan agak berkurangan.


Pukul 3-5 petang: Denyut Jantung Paling Stabil


Waktu petang adalah waktu yang paling tepat untuk melakukan aktiviti-aktiviti bersukan. Ini adalah kerana tahapa adrenalin badan berada pada tahap yang tertinggi. Selain daripada itu, denyut jantung dan tekanan darah juga adalah pada tahap paling stabil, jadi sesuai sangat la nak beriadah.


Pukul 5 petang - 8 malam: Proses Detoksifikasi
Fungsi hati dalam memproses racun-racun sisa metabolisme adalah paling tinggi paa waktu ini, sehinggakan anda perlu banyakkan minum air kosong. Keinginan untuk makan juga tinggi kerana kemampuan deria bau (hidung) dan deria rasa (lidah) sedang meningkat.


Pukul 8-10 malam: Metabolisme, Pergerakan Kurang Aktif
Pembakaran lemak tidak banyak terjadi pada waktu malam. Jika makan pada waktu ini, kebanyakannya akan disimpan dalam bentuk lemak.


Pukul 10-11 malam: Hormon Seks Meningkat Lagi
Dibandingkan pada waktu pagi, peningkatan libido atau ghairah seks pada malam hari tidaklah terlalu tinggi. Ini adalah kerana badan kita sudah penat. Namun pada ketika ini, jam biologi tubuh kita mengaturkan proses ovulasi untuk berlaku. Jadi, masa yang paling tepat untuk bermesra bersama pasangan, lebih-lebih lagi yang nak cepat dapat zuriat... InsyaAllah...


Dah tau kan? Boleh la kita rancang aktiviti-aktivti harian kita dengan lebih efisyen. Semoga kita semua akan merasa lebih cerdas dan cergas ye....


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan...

Saturday 25 October 2014

Monsoon Tak Start Lagi, Rumah Dah Banjir

Arghhhhh!!!! TIDAK!!!! Rumah banjir!!!!!!!!!!!

Tak dapat la nak update blog dengan panjang lebar hari ni. Walaupun musim monsoon baru nak bermula, banjir pun belum nampak tanda-tanda lagi, tapi rumah saya dah banjir. Banjir di dalam. Entah macam mana salah satu filter kat water dispenser tu bocor. Habis semua dinding, meja dan lantai di dapur dan ruang makan, dipenuhi dengan air.

Ditambah pula dengan anak seorang ni yang kena chicken pox... Mmmm... memang takde harapan lah nak siapkan entry yang sempurna. Siren dah berbunyi nak susu dan yang sorang lagi dah bising nak main telefon... Anak... Anak...

Esok je la saya buat entry yang best sikit... Till then...


Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan...

Friday 24 October 2014

9 Tips Untuk Melayakkan Wanita Menjadi Ahli Syurga

Pernahkan kita dengar, hadis Rasulullah s.a.w. yang mengatakan ramai penghuni neraka adalah wanita? Mahukah kita tergolong dalam golongan mereka itu? Nauzubillah... Takut saya bila membaca kisah-kisah ahli neraka yang tercatat dalam Al-Quran.

Alhamdulillah... We are 11

Sempena hari pertama di Tahun Baru Hijrah ini. sama-samalah kita berdoa, agar Allah menerima taubat kita dan menjadikan kita hambaNya yang lebih baik. Dan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan saya bersama Mr Hubby yang ke-11, sehari sebelum Awal Muharram, saya nak kongsikan sedikit Tips untuk melayakkan kita, sebagai seorang isteri, menjadi Ahli Syurga. Mudah-mudahan ia menjadi pendorong buat para isteri mencapai gelaran mulia ini.


Siapakah dia Isteri Solehah?
Isteri solehah adalah wanita yang dicintai Allah dan disayangi oleh suami. Apabila adanya isteri solehah ini, rumahnya terasa bagaikan di syurga. Kewujudannya disenangi dan ketiadaannya dirindui. 

Tips1 | Patuh kepada Perintah Agama
"Wanita dinikahi kerana empat perkara: kerana kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Maka pilihlah isteri yang beragama, nescaya engkau akan beruntung."
(Riwayat Al-Bukhari)

Tips 2 | Selalu Bersedia Berkhidmat kepada Suami
"Jika seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur namun ia menolak, maka malaikat yang di langit murka kepadanya."
(Riwayat Muslim)

Tips 3 | Membatasi Pergaulan dengan Bukan Mahram
"Seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku tidak pernah menolak tangan yang menyentuhnya." Rasulullah bersabda: "Ceraikanlah ia."
(Riwayat Abu Dawud)

Tips 4 | Sentiasa Menambah Ilmu
"Aisyah berkata: "Sungguh baik kaum wanita Ansar. Mereka tidak malu untuk mendalami ilmu agama."
(Riwayat Muslim)

Tips 5 | Pandai Memimpin dan Mengatur Rumah Tangga
" Setiap orang daripada kamu ialah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang ister pemimpin di rumah suaminya, maka ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya."
(Riwayat Al-Bukhari)

Tips 6 | Tidak Melakukan Ibadah Sunat Sebelum Mendapat Izin Suami
"Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa padahal suaminya ada melainkan dengan izinnya. Dan tidak halal baginya mengizinkan orang lain masuk ke dalam rumah melainkan dengan izinnya."
(Riwayat Al-Bukhari)

Tips 7 | Mencintai dan Menyayangi Anak-anak
"Perempuan Quraisy ialah perempuan terbaik yang pernah menunggang unta. Mereka sangat sayang kepada anak-anak kecil dan sangat pandai menjaga harta suami.
(Riwayat Al-Bukhari)

Tips 8 | Pandai Mencuri Hati Suami
"Isteri terbaik ialah yang menggembirakan jika dipandang, yang mematuhi apabila disuruh, dan yang tidak pernah melakukan perkara yang dibenci pada diri ataupun hartanya." 
(Riwayat Al-Nassaie)

Tips 9 | Selalu Bersyukur dengan Apa yang Ada
"Diperlihatkan neraka kepadaku, dan aku melihat kebanyakan penghuninya ialah perempuan." Para sahabat bertanya: "Mengapa wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Mereka tidak bersyukur atas pemberian. Apabila engkau berbuat baik kepadanya seumur hidup, lalu jika ia marah kepadamu, ia akan berkata: "Aku tidak pernah menerima sedikit pun kebaikan daripadamu."
(Riwayat Al-Bukhari)

Tips-tips ini saya kongsikan dengan anda semua bersumberkan daripada Majalah al-Ustaz isu ke-30. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, boleh hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan ye...

Thursday 23 October 2014

Shaklee dan Proses Penyusuan Bayi | Ibu Bertukar Jadi Robot???

Entry kali ini, boleh juga dikira sebagai satu testimoni peribadi saya sepanjang mengambil Shaklee selama lebih kurang 3 tahun, dan sempatlah melalui proses penyusuan kepada 2 orang anak saya. Bagaimana Shaklee benar-benar mengubah saya daripada cepat penat kepada sebuah robot yang boleh bekerja tanpa henti... (Cewah... Overclaim ke nih???)

Sekiranya anda pernah menyusukan bayi anda, mungkin ada ketikanya anda akan merasa keletihan dan kelesuan. Tapi walaupun terasa letih dan lesu, tidak ada seorang ibu pun yang akan merungut. Kasih sayang ibu sememangnya tiada batasannya... Tugas dan tanggungjawab seorang ibu tidak ada hentinya. Bermula seawal pagi dan tidak akan tamat sehingga lewat malam. 

Rasa letih dan lesu sepanjang proses penyusuan bayi?

Nak tahu macam mana saya jadi robot??? Ini rahsianya... 

Vitalea with Iron Formula
Vitalea - Saya tidak dapat menjaminkan bahawasa saya mengambil vitamin dan mineral penting untuk badan sewaktu Sebagai pelengkap nutrisi. Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang.

Energizing Soy Protein
ESP - Tahap protein yang rendah menyebabkan kelesuan. Dengan pengambilan ESP, ianya akan membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

B-Complex with Folic Acid
B Complex - Menukarkan makanan kepada tenaga. Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.

Sustained Release Vita-C Plus
Vita C SR - Membantu kelenjar adrenal (mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh)

Alfalfa Complex
Alfalfa Complex -  Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

Omega Guard
Omega Guard - DHA dan EPA boleh menentang tekanan darah tinggi, melincirkan saluran darah dan memastikan peredaran darah yang lancar. 


Kemudian saya juga ada mengambil campuran Cinch Tea dan juga Shaklee Performance Drink.

Teman wajib dalam makmal


Cinch Energy Tea Mix
Cinch Energy Tea Mix - Mempertingkatkan tenaga dan sebagai alternatif terbaik bagi menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalka kecergasan tubuh.

Performance Natural Orange

Shaklee Performance Drink - Membekalkan tenaga dan mencegah penyahhidratan. Ianya mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, fosforus, magnesium dan klorida. Produk ini dirumus secara eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang aktif dalam kerja harian. Selain itu juga dapat mengurangkan kehausan dan mencegah penyahhidratan.

Alhamdulillah... Dengan anak bujang dua orang dan baby girl yang masih kecil, sempat juga saya siap update blog walaupun lewat malam. Siang hari sibuk di makmal dan balik rumah je, uruskan hal anak-anak pulak. Kejap lagi nak settlekan sikit baju yang nak pakai esok... Tak penat pun lagi... Bukan setakat hilang penat aje, banyak lagi kebaikan lain...


Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan ye...

Wednesday 22 October 2014

17 Tahun Yang Lalu | Di Sini Segalanya Bermula

"Cintaku Terpahat di Batu Pahat. Cintaku Beraja di Parit Raja"...

Memandangkan Mr Hubby bercuti panjang sikit kali ni, bolehlah kami anak beranak, satu family keluar merayap jauh sikit. Bawa anak-anak road trip ke tempat yang penuh sejarah... Parit Raja, Batu Pahat. Tempat di mana segalanya bermula lebih 17 tahun yang lalu.

Memulakan perjalanan selepas solat Zohor, kami ke Parit Raja menaiki Avanza kepunyaan Tok Pa. (Syabeel la... Nak sangat naik 'van'). Mulanya nak ke Batu Pahat, menziarah sepupu Mr Hubby, tapi tak kesampaian oleh kerana panggilan telefon tak berjawab. Akhirnya, terus je la kami melencong ke Parit Raja. Menghabiskan terus masa sepetang di sana.

Destinasi pertama, yang sememangnya wajib pergi...

Tempat mula-mula mendaftar di ITTHO (dulu sempoi je)

 UTHM... Dah lama dah kami meninggalkan tempat ni. Dari sejak zaman bernama ITTHO sehingga la KuITTHO. Bertukar status dari institut kepada kolej universiti. Di sinilah kali pertama kami suami isteri berkenalan, bercinta dan akhirnya... Alhamdulillah, sehingga sekarang sudah beranak 3. Sudah 17 tahun... Last sekali datang melawat kawasan, masa Ahmad Syabeel belum pun lagi 1 tahun (maksudnya 3 tahun dah...)

Tak banyak sangat pun aktiviti. Pergi snap-snap gambar, selfie-selfie sikit lepas tu pergi berjumpa sahabat lama, who is practically like extended family... Borak-borak, makan-makan bersama dengan family Ayah Din dan Ibu (bersama 2 anak mereka Yazid dan Iqbal - dah makin hensem depa semua tu...). Bila lagi agaknya boleh jumpa ye? Kemudian on the way balik rumah tu, wajib singgah beli kerepek. Alang-alang dah sampai, beli la banyak sikit...

Jom layan gambar je la hari ni...

Berlatar belakangkan asrama perempuan tahun 1997 dulu. Sekarang bilik-bilik pensyarah.
Syabeel kat gate surau, sebelah je dengan asrama.

Syabeel dan Abi amik gambar kat water features kat divider jalan. (Dulu mana ada divider pun!)

Gambar dekat dewan kuliah, kelas, corridor dekat library, tempat lepak depan bilik kuliah.
Ibu dengan anak-anak depan makmal Elektronik Perubatan satu ketika dulu (gambar bawah sekali)

Mesti tertanya-tanya mana Ahamd Zhofeer kan? Sebab dalam gambar banyak Syabeel dengan Farheen je...

Ni ha... Tidur dalam kereta...

Orang lain main-main kat luar, Zhofeer tidur je

Landmark UTHM... Dulu berdua je, sekarang dah berlima (Zhofeer dah bangun)

Abi with Ayah Din at old neighbourhood. Rumah yang ada motor tu, rumah sewa Abi dulu.

Bila lagi agaknya nak sampai kat Parit Raja ni lagi yek???

Tuesday 21 October 2014

Testimoni Shaklee Collagen Powder | Jangan Hanya Pandang Luaran Saja

Beberapa hari yang lepas, saya telah pun buat sedikit review mengenai Shaklee Collagen Powder. (Boleh baca di sini). Hari ini pula, saya nak berkongsi pula testimoni-testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder yang dah mengalami sendiri kebaikannya.

Shaklee Collagen Powder
Zhofeer, baby collagen

Eh!!!! Apa pulak kena mengena gambar budak kecik ni dengan Shaklee Collagen Powder????
Kena tunggu sampai hujung entry ni. Baru boleh tau...

Sebelum itu, saya nak ceritakan sedikit tentang kebaikan yang boleh didapati daripada pengambilan collagen terbaik di dunia ini.

Anti penuaan - Shaklee Collagen Powder dapat membantu mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan juga garis-garis halus.

Mengembalikan keanjalan - Menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut.

Meningkatkan pergerakan - Bukan hanya kulit, Shaklee Collagen Powder juga menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang.

Menyubur - Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan berxabang serta tebal dan bersinar.

Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

Mencerah - Shaklee Collagen Powder juga mampu mengurangkan pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata, sekaligus menjadikan kulit lebih cerah.

Melembap - Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada muka.


Tak perlu saya ceritakan panjang lebar lagi... Moh baca sendiri testimoni-testimoni kat bawah ni.

Testimoni 1
Malam minum campuran Shaklee Collagen Powder... Bangun pagi, pipi jadi tegang dan glowing. Tapak tangan pun lembut dan moist.




Testimoni 2




Pengambilan 3 kotak Shaklee Collagen Powder. Rambut kurang gugur, malah semakin lebat dan hitam. Rabun mata berkurangan dari 200 ke 150.









Testimoni 3

Dengan Shaklee Collagen Powder, bukan kulit je cantik, tumit kaki pun jadi licin.





Testimoni 4



Hanya selepas 12 hari consume Shaklee Collagen Powder, jeragat dah tak nampak, mata panda pun hilang.







Testimoni 5

Alfalfa dengan Shaklee Collagen Powder makan waktu malam. Pukul 2 pagi, bengkak susu macam dalam pantang, padahal anak dah masuk 2 tahun.



Betul tak saya cakap?? Kesan Shaklee Collagen Powder tak boleh di pandang secara luaran je. Macam dalam entry terdahulu, kolagen tu bukan sahaja ada pada kulit, malah ada juga pada mata dan rambut.

Ini baru aje testimoni orang lain, testimoni sendiri???

Ha... ingat lagi tak gambar budak kecik kat atas tadi??? Itu bukti testimoni sendiri. Testimoni sendiri saya lebih kurang macam Testimoni 5. Cuma masa tu anak saya belum lagi setahun. Saya tak dapat sangat kesan kolagen tu pada diri saya sebab anak saya tu dah amik khasiat-khasiat Shaklee Collagen Powder tu semasa proses penyusuan. Kulit anak saya tu sememangnya putih bersih dan tersangatlah gebu. Kalau sentuh kulitnya memang akan terasa kulitnya sejuk dan lembap. (Takpe la ibu tak gebu pun, suka tengok budak-budak ni gebu)...



Nak tau lebih lanjut mengenai Shaklee. Hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp:0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan ye.

Monday 20 October 2014

3 Tips Mudah Awet Muda: Anda Takkan Percaya Betapa Mudahnya

Ramai yang tidak menyedari bahawa kulit adalah salah satu organ yang ada pada tubuh manusia, sama seperti jantung, paru-paru, mata dan juga hidung. Ya... Kulit adalah organ terbesar dalam badan kita. Antara fungsi kulit adalah untuk membantu mengatur suhu badan, menyingkirkan toksin dan tentunya menjaga tubuh. Bayangkan bagaimana jika tubuh kita tidak dilitupi dengan kulit??? Tak ke ngeri tu...

Kebanyakan daripada kita, terutamanya kaum wanita, sanggup berbelanja besar untuk memastikan kulit mereka tampak sihat. Sebenarnya tak perlu pun keluarkan belanja yang besar sedangkan ada cara-cara yang sangat mudah dan murah untuk memastikan kulit kita kelihatan sangat sihat dan kelihatan lebih muda.

Entry kali ni, saya nak share sedikit tips untuk kulit yang lebih berseri, awet muda dan tampak lebih muda.


Tips 1 | Banyakkan Minum Air

Sama juga seperti bahagian tubuh yang lain, kulit kita terdiri daripada gabungan sel-sel. Sel kulit, seperti sel yang lain, terdiri dari air. Tanpa air, organ-organ kita pastinya tidak dapat berfungsi dengan kadar yang optimum.

Sekiranya kulit tidak mendapat jumlah air yang mencukupi, kesan kekurangannya akan secara automatik muncul dan dapat diperhatikan melalui kulit yang kering dan menggelupas. Kulit yang kering sebagaimana yang kita tahu, sememangnya lebih cenderung untuk jadi berkedut. Sudah tentunya keadaan ini menjadikan kita nampak tidak sihat dan nampak tua. 

Jadi, berapa banyak air kita nak minum sehari? Kita disarankan untuk mengambil sebanyak 3 liter air sehari. Nak lihat apa kesannya?

Sarah Smith: How drinking 3 liters of water a day took 10 years out of my face.


Tips 2 | Dapatkan Bekalan Asid Lemak Omega-3 yang Secukupnya

Terdapat kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Carlifornia yang mengatakan dengan pengambilan Omega-3, sel-sel dalam badan akan hidup dengan lebih lama. Kajian yang dilakukan ke atas pesakit jantung itu mendapati semakin banyak pesakit itu mengambil Omega-3, DNA di dalam sel mereka lebih lambat untuk rosak.


How fish oils add years to your life (and take years of your face)

Ini bererti Omega-3 dapat membantu memberikan perlindungan yang lebih baik kepada proses penuaan. Tak sangka ye...

Sumber Omega-3 yang terbaik boleh didapati daripada minyak ikan salmon, sardine atau tuna, malah pengambilan walnut juga dapat memberikan sumber Omega-3.


Tips 3 | Makan Makanan yang Kaya dengan Vitamin C

Vitamin C sememangnya kritikal untuk tubuh kita dan memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan dan ketahanan kulit. Pada usia yang muda, kulit kita masih penuh dengan Vitamin C, tetapi secara semulajadinya kulit akan kehilangan vitamin ini seiring dengan pertambahan usia.

Drop a decade from your face

Salah satu kekuatan fungsi vitamin C adalah peranannya dalam penghasilan kolagen, sejenis protein yang memberikan kulit kita keelestikannya. Jadi ambillah makanan yang kaya dengan vitamin C seperti oren, strawberi dan jambu batu.


Bagaimana Shaklee boleh membantu?

Omega Guard Shaklee | sumber Omega-3 terbaik

Omega Guard Shaklee merupakan sumber Omega-3 yang terbaik. Ini adalah kerana ianya diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ianya bukanlah minyak dari hati ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia.

Sustained Release Vita-C Plus | 1 tablet = 7.5 biji oren dan kulitnya

Selain dari itu, Shaklee juga mengeluarkan Sustained Release Vita C 500mg. Setiap tablet Vitamin C SR Shaklee adalah bersamaan dengan 7.5 biji oren termasuk dengan kulitnya dan pembebasan 1.5 vitamin C buah oren ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin Shaklee (dalam selang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam.
Shaklee Collagen Power | kulit lebih gebu dalam masa 8 minggu

Shaklee Collagen Powder memberikan banyak kesan yang baik untuk awet muda. Malah ujian klinikal yang dijalankan menunjukkan 71% pengguna merasakan tekstur kulit mereka lebih gebu selepas 8 minggu menggunakannya.

Vivix | produk anti penuaan terbaik

Shaklee telah membuat penemuan revolusionari dalam anti-penuaan tahap selular dengan memperkenalkan Vivix. Ianya merupakan supplement anti-penuaan yang terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.


Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk anti penuaan Shaklee boleh hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan ye...