Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Monday 6 October 2014

Day 1 - 3 Fakta Menarik Tentang Saya

Bismillah... Memulakan cabaran berblog 7 hari bermula hari ini... Semoga dapat beristiqamah (wink, wink)

Ini la aku. Tak pandai nak cerita mengenai diri sendiri. Aci tak nak minta orang lain buatkan? Ye la... Macam ada je orang nak buatkan? Encik Hubby aci tak tolong buatkan???

Fakta Menarik Pertama

Nama saya Masherna binti Mohd Mustafa. Biasanya orang panggil Mas aje. Dikalangan adik beradik n sedara mara, gelaran Along je yang digunakan. Maksud nama saya, puas dah saya cari, takde... Hubby kata kalau orang yang namanya takde maksud ni orang2 yang special. (Kan ada juga nama2 nabi yang tak ada makna). Nama saya ni Mak yang bagi. Anak sulung la katakan... 

Mak saya suka membaca novel2 masa muda2 dulu. Terjumpa la nama saya ni masa baca satu buku Indon tu, tapi nama untuk lelaki. Namanya Masherman. Tapi sebab dapat anak perempuan (saya la tu), diberi la nama Masherna. Tanya mak apa maksud nama tu, tak ingat dah dia... After that lepas dapat adik2 yang lain, semuanya Abah yang bagi nama. 


Fakta Menarik Kedua

Saya bercinta dan berkahwin dengan orang yang sama. En Fitri Sani bin Mohd Abdul Hakim. Dah 17 tahun saya kenal dengan dia, dan dah 16 tahun saya bercinta dengan Mr Hubby. Kami pun dah 10 tahun hidup bersama. Orang bercinta di tempat belajar, memang lama la dah kenal. Kemudian bekerja pun ditempat yang sama (cuma sekarang je la, saya sambung belajar, dan Mr Hubby dah tukar tempat kerja yang lain - itupun masih lagi kenal dengan orang2 diofisnya). Jadi set kawan2 kami ni, sama. Yang berbeza cuma kawan2 masa zaman sekolah aje. Itupun ade juga la kawan2 sekolah dia yang saya kenal dan kawan2 saya yang kenal dengan suami saya ni. 


Fakta Menarik Ketiga

Zuriat... Saya memang suka bercerita tentang perjalanan nak dapatkan zuriat ni. Sebabnya... kami berdua ni dah 6 tahun kahwin baru dapat merasakan nikmat dapat seorang anak. Alhamdulillah... dapat juga merasakan dari tak dapat langsung. 

5 tahun juga la kami suami isteri mencuba pelbagai ikhtiar. Perubatan moden, mahupun perubatan tradisional. Ada orang rekemen, ke situ la kami pergi. Ikhtiar kan... Alhamdulillah... Tahun 2010, Allah kurniakan kami Ahmad Syabeel lepas buat IVF (Yes!!! My baby adalah bayi tabung uji). Nak keluarkan dia pun ikut tingkap. Kemudian 2012, kami dikurniakan seorang lagi putera, Ahmad Zhofeer yang semuanya el-natural... 2014, we welcomed Aisyah Farheen, our 1st baby girl. And now we are 5. (Tunggu lagi 2 tahun la, mana tau saya ada update berita pertambahan ahli keluarga ye...)

1 gambar, 3 fakta
ps: Ada tambahan sikit fakta dari Mr Hubby... Apa ye dia nak type??? Saya baca bila dah publish la nanti... (Kena berblog juga la diakan? Diakan business partner :P)

Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya, saya seorang hamba yang hina dan lemah dipilh oleh Allah Subhanahu Taala hidup di atas muka bumi ni dan seterusnya diberi izin dengan kudratNya mengikut perjalanan Nabi dan Rasul-rasul mempunyai isteri dan ank - anak amin. sapa lagi kalau bukan masherna mohd mustafa ataupun MAS ..... eMAS saya ni  beratnya melebihi 70 kg kaya beeb sebab tu saya x hairan kalau orang banyak emas...eMAS saya ni xterangkat beb..
isteri kesayangan  saya ni minta tolong saya mencoret sedikit fakta menarik tetntang dirinyaa,,,
APa lagi nilah peluang saya nak cerite bukan yang fakta yamenariktapi keburukan isteri sya ni sepanjang say a menegenali dirinya... semuga kisah ini menjai ibrah kepada peminat-peminat semua (ada ke ?)
ok keburukan nya yang pertama ialah, .... astaghfirullah (mod insaf ) sejak aku mengahwinimu..sayangku aku telah pun berjanji dengan diriku untuk menerima mu seadanye sayangku baik dan buru ksemua dengan izin allah swt kalu buruk kite baikkan kalu baik kite baikkan lagi sapa lah aku nak cerita pasal keburukan orang , yang pasti aku berjanji dan berusaha untuk memmimpin tangan kite bersama ke syurga sayangku sayang  ,dari keburukanlah kite mengenalsatu sama lain...dan kearah kebaikan kita usaha bersam sayangku,... semuga allah menjadikan kita hamba- hambanya yang bertakwa..... kalaulah shaklee   ini boleh mendekatkan diri kepada allah aku akan menyokong mu tapi kalu shaklee menjauhkan dirimi dari allah pasti aku;ah orang pertama yang akan meembakarnya tq sayangku erikan penghormatam menulis dalam blog ini.... allahu aakbaralllhu akbar walillahi lilhamd........

0 comments:

Post a Comment