Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Saturday 18 October 2014

3 Hobi Saya Sepanjang Masa

Hobi saya... Hobi saya bergantung kepada mood pada hari tersebut. Ya, saya sangat suka membaca. Saya juga sangat suka shopping (tapi bukan macam Becky Brandon) dan saya juga suka menonton. Mana satu saya nak cerita hari ni? Semua je la... Aci tak?

MEMBACA merupakan hobi pertama saya. Memang akan membaca sekiranya sedang bersantai2. Sambil menyusukan Farheen pun saya membaca juga. Sekarang ni, jadi student lagi la saya kuat membaca. Tapi bacaannya amat memeningkan kepala. Maklum la saya ni dah lama tak belajar. Dah dekat 11 tahun dah saya tamat pengajian, dan kini kembali bergelar pelajar dalam bidang kejuruteraan dan buat research je, lagi perlu banyak menelaah. Banyak terms2 engineering yang dah lama saya tak dengar, dan bermacam2 juga terms2 yang baru. Sedia maklum la, bidang kejuruteraan perubatan ni, berkembang pesat, lambat sikit, banyak benda baru yang keluar...

Itu bacaan berat. Journal2 dan thesis bagai. Saya juga sangat suka light reading. Bahan bacaan yang boleh mengurangkan stress ketika membaca. Saya suka baca novel, tapi semuanya novel2 yang berunsurkan fantasy.Cerita Harry Potter, Shopaholic dan macam2 lagi la. Tak dapat nak list semua sebab semua koleksi itu ada di rumah saya di Kuantan, sedangkan saya sekarang berada di Johor Bahru. In fact saya baru je beli 2 buah buku terbaru dalam siri Shoppaholic dan juga siri Heroes of Olympus. Akan memulakan pembacaan tak lama lagi. Mungkin weekend depan... Ataupun masa nak susukan Farheen nanti. (Sebenarnya gatal dah tangan ni nak membaca...)

Fresh from the store. Bila nak baca ni??

Hobi saya yang kedua, SHOPPING. Sebenarnya bukan la shopping sangat, tapi lebih kepada window shopping. Sekarang ni, saya dah tak beli sangat barang2 untuk diri sendiri atau untuk Mr Hubby, tapi lebih kepada bararang2 anak. Suka beli baju2 mereka. Tapi sejak ada bunga sekuntum dalam family ni, saya geram je nak beli baju2 girls... Cantik2 kan? Tapi tak boleh beli banyak2, nanti membazir je.. Pakai sekejap je pun...

Saya juga suka sangat MENONTON, tak kisah la, TV atau video. Saya memang tak suka tengok cerita2 Melayu. Saya hanya tengok cerita omputeh je. Kenapa saya tak suka tengok cerita Melayu? Sebab jalan ceritanya sama je. Kalau musim 'romkom' (romantik komedi), pakat sepanjang tahun la genre yang sama. Jika musim cerita hantu, cerita hantu la manjang. Tapi yang pasti mesti cerita anak orang kaya, kawin ngan anak orang miskin. Pastu pelakon2 seksi sana sini, mengalahkan cerita omputeh. Entah... tak suka la saya... Cerita omputeh tu lain la, sebab mereka memang macam tu.

Cerita omputeh ni, lebih banyak genre nya. Pelbagai variasi. Plot cerita pun berbeza. Banyak sangat yang saya suka. Antaranya, Drop Dead Diva. Siri mengenai seorang model yang terlibat dalam kemalangan kereta yang meragut nyawanya. Hidup kembali dalam badan seorang lawyer (dah 6 season dah...) And then, siri Sherlock. Memang psiko sangat la si Sherlock Holmes tu masa nak solvekan misteri. Macam kagum je... CSI memang favourite la dan juga Dr House... Banyak la pula ceritanya. Itu tak masuk lagi movie2 kegemaran...

Cerita satu entry kang memang tak habis. Next time saya buat review la pulak. Buku ke movie ke... Bolehkan??? Tak pun saya review produk Shaklee je...

Nak dapatkan produk Shaklee, hubungi saya

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 019-9873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

2 comments:

Unknown said...

Saya pun suka shopping.. rasanya hobi kebanyakan wanita kan.. hehehe

Unknown said...

ye la suhailah... ramai lagi macam tu kot... kadang2 sampai tak ingat masa.

Post a Comment