Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Thursday 16 October 2014

A Week Without Abi

Alhamdulillah... Habis dah seminggu duk dalam lab. Sebab masih lagi berada dalam kepompong waktu di Kuantan. Tak perasan pun esok dah weekend di sini. Mati2 tadi ingatkan waktu office hour abis jam 5 petang, tapi rupanya jam 3.30 jek.

Plan weekend ni tak susun lagi, cuma kami menantikan kedatangan Mr Hubby. Kanak2 riang dah kebosanan duduk di rumah. Ye la... sepanjang hari hanya jumpa Mak Tok dan Tok Pa je. Ibu pergi school, Abi pergi work (sabarlah anak2. Doakan ibu jadi WAHM ye... Ameen)

Masih lagi mengupdate blog menggunakan telefon kecik ni. Banyak kerja tergendala. Nak access internet pun dekat lab saja la. Balik rumah walaupun ada kerja pasal study nak buat, tak dapat nak buat. Memang very2 limited pergerakan online. Hanya mengharapkan data plan telefon je (yang cepat sangat habis dengan penggunaan YouTube kanak2 di sini)...

Seminggu ni apa yang menarik ye? Syabeel dah boleh dah tak pakai pampers waktu siang (YA!!! Dia masih berpampers walaupun dah 4 tahun). Sangat seronok melihat gelagatnya. Sampai suruh Mak Tok telefon ibu nak bagitau dia kencing kat toilet...

Syabeel n Farheen di pagi hari tanpa Abi

Zhofeer main2 tanpa Abi

Zhofeer makin kuat merajuk. Tak boleh lambat attend dia kalau termamai2 bangun tidur. Start la merajuk panjang. Semua orang di'tonyoh'nya...

Farheen pun dah start berbotol dan kerenahnya dah bertambah. Nak kena berdukung saja. Kesian la Mak Tok, kena gendong je kecik tu. Nak minum botol pun ada mood dia. Time nangis tu tak boleh bagi lagi. Kena tunggu reda, baru nak minum... Alah... Kelaku sungguh la anak2 manja semua ni.

Saya pulak macam ni la... Nak meroyan banyak2 kat blog ni, nanti kang orang kata apa pulak. Banyak habiskan masa di lab. Buat reading yang tak habis2. 10 kali baca baru 1 kali faham (orang tua pi sambung belajar, macam tu la agaknya...). Tak terkejar dengan budak2 muda yang lepas study, study lagi. Dekat lebih 11 tahun dah tinggal zaman belajar. Banyak sungguh tak tau apa yang ada dalam bidang biomedik ni...

Minggu depan cuti panjang nampaknya untuk warga Pahang. Lepas Deepavali, birthday sultan pula. Lepas tu Awal Muharram... EHHHH... Nak Muharram dah... Macam mana boleh lupa anniversary ni. Tak pe, anniversary kali ni, kami bagi cuti satu Pahang ye...

0 comments:

Post a Comment