Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Sunday 5 October 2014

AidilAdha Kami...

Selamat Hari Raya AidilAdha... Selamat berkorban. Alhamdulillah. Tahun ni kami berkorban di Johor Bahru pula. Tahun pertama Farheen menyambut raya korban.

Takde la buat apa sangat. Menu raya pun yang simple2 aje. Chef dari Bangi balik masak. Ada laksa johor, nasi ayam dan juga rendang ayam special yang dimakan bersama lemang yang dibeli semalam di Pekan Pahang (on the way balik je...)

Menu pagi raya AidilAdha

Tahun ni raya tak lengkap ahli keluarga. Adik bongsu tak balik beraya di sini. Beraya di rumah mertua di Teluk Intan. So ada 4 beradik je la yang beraya kat sini. Yang di Jepun pun sudah pulang secara bagus dah ke tanah air. Lepas makan2 dirumah mereka ke Kuala Lumpur pula bersama keluarga di sebelah sana pula.

Bersama 2 dari 3 baby 2014. Farheen dan Nafees Iman

Raya pun tak ke mana. Dalam jam 3 petang beraya di rumah sepupu yang terdekat je. 5 minit je dari rumah mak. Lepas gian makan lontong special dengan ayam masak merah, sambal goreng dan juga sambal ikan. MMMM.... Sedap... Kemudian ke Kulai pula, jejak kasih dengan sepupu sebelah hubby. Dah lama sangat tak jumpa. Tapi asal datang rumah dia, mesti bawak baby baru. (2 tahun sekali la berjumpa)...

Now masing2 pun dah kepenatan. Hubby sebab dari pagi melapah lembu. Anak2 masih lagi segar sebab baru aje bangun tidur (bila la pulak nak tidur ni...). Esok dah hari bekerja, perlu ke nak pergi UTM untuk menelaah???

0 comments:

Post a Comment