Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Wednesday 8 October 2014

Day 3 - Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya

Alhamdulilllah... Dah masuk hari ke 3 menyahut Cabaran 7 Hari Entry. Topik hari ni lagi menarik. Apa Yang Ada Dalam Handbang Saya... Hehehehe... Segan la nak bagitau apa yang ada dalam handbang. Segala macam menda semua saya sumbat dalam beg. Masih mempunyai anak2 kecil yang belum bersekolah pun. Semua nak cepat. Jadi apa yang ada depan mata, semua kena sumbat je la.

Handbag saya memang jenis yang besar, Kalau dulu masa belum ada anak, macam2 jenis handbag ada. Yang kecik la, yang besar la. Saya pun bukan la jenis suka berfesyen sangat. Kadang2 aje. Kebanyakan handbeg semua warna black and brown dan tona2 yang senang nak disesuaikan dengan pakaian. Sama juga macam kasut (lepas ni boleh cerita kasut la pulak kot...)

Cuma sejak dah dapat anak ni, saya lebih suka beg yang besar2 saiznya. Senang untuk saya sumbat semua dalam beg. Kemudian, warna beg tu, warna2 gelap. Tapi sejak adik saya dan familynya duk kat Jepun sebab menyambung study kat sana, saya suka pulak jenama LeSportSac. Sebab beg dia boleh basuh. (Kalau beli kat Jepun boleh dapat harga murah...)

Handbag ibu anak 3

Beg saya yang ni, warna dia warna warni (lagi mudah nak matching...), besar dan boleh dibasuh (rajin benor basuhnya). Segala macam benda senang je saya nak sumbat. Apa yang saya sumbat???

Khazanah dalam beg

(Tu dia... macam2 dalam beg tu. Buku klinik Farheen tu pun ada. Biasanya ada telefon Mr Hubby dalam tu. Kalau travel, boleh letak telekung lagi.) 

Setelah di post mortem kan

Kita tengok apa yg ada... Ok... sampah kat penjuru atas kanan tu boleh diabaikan. Resit2 kebanyakkannya. Sebab biasanya lepas bayar semua tak sempat nak susun cantik. Duit syiling dan kertas pun sama kes la. Ada pen dan buku nota. Student la katakan. Ada kad matriks sekali situ. Buku checkup little Farheen pun ada sekali ngan booty dia yang warna pink tu. Slip nebulizer Syabeel pun ada sebab baru balik hospital.

Purse kecik (wristlet) tu untuk simpan duit dan juga segala kad2 penting (IC, MyKid, kad bank, kad kutip point dan kad diskaun. Kad member Shaklee pun ada). Booklet Westlife tu pun ada??? (Bila masa pulak letak dalam handbag?) Lip gloss Body Shop (kalau rajin nak pakai) dan angpau2 duit raya anak. Key chain DarusSyifa hubby pun ada.

And normally wajib ada handphone (guna untuk amik gambar) dan juga Herbal Blend Shaklee untuk masa emergency (tak de dalam handbang sebab baru je keluar untuk sapu ruam susu kat pipi Farheen). Kata anak 3 tak nampak pun bukti dalam handbag? --- Barang2 anak pampers dan baju2 extra semua dalam beg lain ye. Khas untuk anak2 je. Tak muat nak masuk dalam beg ibu dia...

A must have in my handbag

TQ nenny sebab suh buat entry ni. Bersih handbag saya... (sekejap je ni)


0 comments:

Post a Comment