Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Friday 31 October 2014

Kasih Sayang Allah | Bagaimana Mengukurnya?

Sumber gambar: Google

Imam Muslim meriwayatkan melalui Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya, Allah memiliki 100 rahmat. Diturunkan satu rahmat daripadanya (dan diberikan) kepada jin, manusia, binatang ternakan dan binatang yang berbisa. Maka dengannya mereka saling berbelas kasihan dan saling merahmati. Dengannya juga binatang buas mengasihi anaknya.

Allah s.w.t. menangguhkan baki 99 rahmat lagi untuk Dia merahmati hamba-Nya dengan rahmat itu pada hari kiamat."

SUBHANALLAH... Besarnya rahmat Allah kepada makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Bayangkanlah sendiri, kehidupan di dunia sekarang ini, (yang sedang berlaku ketika ini) adalah hanya satu peratus dari rahmat Allah. Subhanallah... Maha Suci Allah... Allahu Akhbar...

Tiada siapapun yang dpaat menandingi kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Allah memberikan kasih sayang kepada sesiapa sahaja tanpa meminta sedikit pun balasan. Berbeza dengan makhluk yang memberikan kasih sayang kerana ingin mendapat pulangan kasih yang diharapkan. Ini kerana Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak dikasihi."

Itulah kasih sayang sesama makhluk yang mempunyai sempadan dan hadnya.

Satu kisah yang menarik yang nak saya kongsikan ini terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w.

Seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikirannya untuk mencari anaknya yang hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak dalam tempat tawanan tersebut, dia akan menimang kanak-kanak itu dan menyusukannya.

Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, lebih daripada ini
Gambar: pak cik Google

Melihat betapa kasihnya seorang ibu kepada anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada sahabat-sahabat: "Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?"

Jawab para sahabat: "Tentu sekali tidak."

Rasulullah lalu bersabda: "Allah lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya."

Kasih Allah s.w.t. sememangnya tidak bertepi dan tiada sempadan. Bahkan tidak setara dengan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Kasih sayang dan kurniaan Allah terlalu luas kepada hamba-Nya, walaupun mereka melakukan sebesar-besar dosa dan maksiat.


Adakah Kasih Sayang Allah Diukur dengan Kesenangan Dunia?

Jika kita perhatikan sekeliling kita, orang yang kafir dan ingkar di dunia, mereka tetap hidup mewah dan senang lenang. Malah orang Islam juga turut mendapat kesenangan walaupun bergelumang dengan maksiat. Itu semua adalah kasih sayang Allah s.w.t.

Makhluk yang mendapat kesenangan di dunia bukanlah ukuran bahawa mereka saja yang mendapat rahmat Allah. Manakala orang yang susah hidupnya di dunia, bukanlah bermakna Allah s.w.t. tidak kasih kepada mereka.

Kaya atau miskin | Semua tanda kasih sayang Allah
Gambar: pak cik Google

Bukankah semua para nabi dan rasul itu kekasih Allah? Mereka semua menghadapi cabaran dan kesusahan dalam perjalanan hidup mereka, namun merekalah yang paling banyak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Kadangkala ujian dan cabaran hidup merupakan tanda kasih sayang Allah secara hakikatnya, walaupun tidak pada zahirnya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan kepadanya, dia akan diuji daripada-Nya."

Sebenarnya secara tidak sedar, kita melalui proses untuk menjadi orang beriman yang sebenar kerana orang yang beriman akan diuji oleh Allah s.w.t. Maka, sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita, kita dipilih oleh Allah untuk mendekatkan diri kepada-Nya.


Bagaimanakah Allah s.w.t. Mengasihi Hamba-Nya?

Halal dan haram adalah bentuk kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Suruhan dan tegahan daripada Allah tanda begitu kasihnya Dia agar kita tidak terjerumus dengan tipu daya syaitan yang menyesatkan.

Setiap anggota tubuh terutamanya akal adalah nikmat Allah yang tidak dapat dihitung dan dibalas. Dengan pancaindera yang pelbagai, manusia menjadi sangat mulia daripada makhluk-makhluk lain.

Islam dan iman adalah nikmat yang terbesar yang kita perolehi. Bayangkan, orang kafir walaupun melakukan kebaikan sebesar gunung sekalipun, tiada nilai langsung di sisi Allah s.w.t., jika dibandingkan dengan kebaikan orang yang beriman, walau sebesar kuman, tetap akan diberikan balasan yang setimpal. Satu kebaikan yang dibuat, akan dibalas dengan 10 pahala. Firman Allah yang bermaksud:

"Sesiapa yang membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) 10 kali ganda amalnya. Sesiapa yang membawa perbuatan jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dizalimi (dirugikan)."
Surah Al-An'am; 6:160

Sekiraya hendak disenaraikan, sudah pasti kita tidak mampu unutk menghitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Semuanya adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.


Apakah yang Perlu Kita Lakukan Untuk Mendapat Kasih Allah?

Sangat mudah jawapannya: 

Kita terlebih dahulu hendaklah mencintai Allah s.w.t. melebihi dari segala-galanya, supaya kita dapat menggapai kasih-Nya kepada kita.

Kesimpulannya... Nak tau macam mana Allah sayang pada kita, bukanlah pada kesenangan hidup atau kemewahan yang dikurniakan kepada kita. Tetapi, macam mana Dia beri keupayaan kepada kita untuk melakukan segala perintah-Nya. Lagi banyak kita solat (fardhu atau sunat), lagi banyak kita membaca Al-Quran, lebih banyak kita berzikir dan lebih banyak kita mengingati-Nya... Haaaa....Itulah tanda Allah semakin sayang pada kita.

Cuba kalau esok, kita tak solat Subuh... Percaya tak, itu tanda Allah tak sayang pada kita???

Fikir-fikirkan dan selamat beramal...


Sumber: Majalah al-Ustaz (Isu ke-2)
Kecuali kesimpulan itu... yang mana ianya adalah pandangan saya semata-mata...


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan.

0 comments:

Post a Comment