Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Saturday 4 October 2014

Minggu Jalan2 Pusing Malaysia

A week flew by just like that (sambil snap fingers)... Minggu yang menyedihkan dan juga minggu yang menggembirakan serta minggu yang meletihkan...

Bertravelling saja one whole week. Kuantan - Kuala Terengganu - Kuantan - Johor Bahru - Bangi - Seremban - Bangi - Kuantan. Kesian tengok anak2. Kepenatan dan kepuasan duduk dalam kereta. Kita yang dah berusia ni pun penat, apatah lagi mereka yang kecil2 ni. Asal kita berhenti je, mesti nak keluar, walaupun mengisi minyak. Nak tak nak terpaksa la juga bawa masuk kedai kat petrol pam tu.

Kami ke KT kerana mendapat perkhabaran duka. Arwah pak cik telah meninggal dunia hari Selasa tu. Bertolak pada jam 12 tengah malam sebab tunggu abah sampai dari JB. Kemudian pergi KT sama2. Sampai KT jam 3 pagi. Tak dapat nak tengok upacara pengebumian sebab jenazah disemadikan lepas Isyak hari tu juga. So kami hanya menziarah keluarganya sahaja. Sebelum jam 12 tengah hari kami dah on the way balik kuantan dah, sebab hubby perlu ke office juga kerana banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan.

Hari Khamis kami ke JB pula. Hubby atas urusan kerja, bawa student untuk tournament badminton inter-poly. Aku atas urusan pengajian. Kena study la. Balik JB bukan boleh pergi mana2. Pergi ulang alik library la. Mujur la rumah mak dengan UTM tak jauh. Tak sampai 10 minit pun. Senang nak tengok anak2.

Hari Sabtu, kami ke Bangi. Menghadiri kenduri kahwin sepupu hubby. Alhamdulillah... kami sampai dekat hujung2 dah. Orang tak berapa ramai dah. Boleh la berlama2 kat meja makan. Farhana dan Amir nama pengantinnya. Anak bongsu pak cik. Majlis nikahnya hari Jumaat selepas Asar. Kami tak dapat pergi sebab one whole day tu hubby ke Pasir Gudang bagi moral support kat team badmintonnya. Majlis pengantin lelaki 18 Oktober nanti di Kuala Terengganu.
Lepas majlis, kami jumpa pulak mama budak bertiga ni (a.k.a. my adik). Jumpa dekat Bangi Gateway. Dapat la jugak cari2 baju raya. Kat situ memang pusat pakaian muslimah kot. Kebanyakkan kedai memang jual jubah, hijab dan sebagainya. Cuma nak cari jubah yang nursing friendly payah sikit. Rasanya satu kedai je yang ada.

Malam tu kami ke Seremban 2 pulak. Tidur kat rumah adik di sana. Dah jumpa sepupu sepapat... Riuh la rumah. Anak2 bujang aku ni pulak suka sangat mengemas rumah. Mmmm...
Esoknya, Ahad, kami ke Bangi sekali lagi. Majlis untuk adik bongsu hubby. InsyaAllah... tak lama lagi dapat la budak2 ni mak cik sorang lagi. Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar. Tak boleh citer banyak2. Nanti tunggu majlis yang besarnya ye...

Sempat berselfie anak dara ni masa majlis Pak Muk

Kemudian, kami ke USJ 21 pulak. Aku pi serang butik Salsabeela Muslimah Attire. Betul2 dekat Main Place USJ. Pergi beli dress untuk raya nanti. Dah usha lama dah kat FB. Boleh tengok kat sini.
Sebab dah berkenan dress kat sini la kot yang buat usaha pengushaan kat Bangi Gateway tak mendatangkan apa2 hasil... Anyway... dress nya memang cantik2. Ada dress baru, walaupun hati ini amat rasa terpikat, terpaksa dilepaskan kerana tiada warna yang mengikut tema raya.

Sebelum pulang ke Kuantan (untuk sementara je), kami ke Big Bad Wolf. Kebetulan di Rapid Seremban 2, sempat la juga merembat buku anak2. Tak boleh nak berlama2. Maklumlah bawak askar ramai. Masa untuk memilih tu sangat terhad. Tapi badge collection tak lupa beli.

When cousins meet

Penat tau berjalan2. Lagi la dengan askar yang ramai... Nak raya ni pun penat lagi la. Berjalan jugak... (study kena jugak... WAAAA)

0 comments:

Post a Comment