Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Tuesday 18 November 2014

I'm Back Baby

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi. Syukur kerana diberi nikmat kesihatan semula. Dah sebulan everyday update blog, BUKKK!!!! Sekali Allah tarik sikit je nikmat sihat tu. Apa pun tak boleh buat. Anak-anak, Alhamdulillah ada juga yang tolong tengok-tengokkan.

Allah tarik nikmat sihat tu sikit je... tapi, Subhanallah.... banyak sangat benda yang tertangguh oleh kerananya. Hari Khamis dua minggu sudah, balik dari lab, badan dah rasa tak sedap. Tulang-tulang rasa berbisa dan sengal-sengal. Mak kata mungkin sebab masa pantang tempoh hari ada ngelat-ngelat. Tapi, makin malam, makin rasa tak sedap. Anak-anak pun dah tak tertengok. Demam panas malam tu.

Esoknya masih tak baik, ke klinik dekat-dekat sini je. Doktor suspect denggi (kat kawasan sini memang tengah hot denggi ni, dan adik pun baru dua minggu sebelum tu kena denggi). Doktor tak bagi breastfeed Farheen (sebab tak tau, ikut la juga). Kesian Farheen malam tu. Tak minum direct dengan ibu, menangis aje la. Dengan ibu pun menangis sama.

Mr Hubby, Jumaat malam tu baru bertolak dari Kuantan, takde idea langsung wife dia ni kena suspect denggi. Dengan gembiranya bagitau nak bertolak dah. Lepas tau je, terus terdiam seketika. Sempat lagi siapkan air ruqyah kat rumah. Bekalan untuk orang sakit. Malam tu buang 20 oz susu badan. Sayang sangat... Menangis masa buang susu tu.

Sabtu pagi, Mr Hubby minta maknya telefonkan sepupunya, seorang pakar sakit puan... Terkenal la orangnya... Kata boleh je susukan baby (Doktor mula-mula tu tak habis belajar kot. Pas tu bagi advise salah la pulak... EISHHHH). Walaupun Mr Hubby depan mata, suhu badan turun naik je la. Demam panas tak kurang 40 darjah.

Kemudian day 3 tu, pergi la ke Hospital Kulai. Masuk air bagai, amik darah semua, Alhamdulillah... hanya viral fever. Tapi, I really don't wish anyone to have it. Seksanya MasyaAllah... seminggu demam tak surut-surut. Badan sangat-sangat aching, lenguh sana sini. Walaupun bukan denggi, tapi sama je rasa nya...

Semoga semua pembaca-pembaca diluar sana sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan yang berpanjangan. Jangan lupa minum air yang mencukupi setiap hari. Kalau tiba-tiba kena demam panas tak tentu pasal, sakit-sakit badan, teruslah segera jumpa Doktor. Mudah-mudahan semuanya ok...

Take care all...

Thursday 6 November 2014

The CHASE | My New Favourite TV Show

Dah lama rasanya saya tak tengok TV. Tak salah kalau saya katakan, sejak Syabeel ada dan besar sikit, TV memang tiada siaran lain. Kartun saja sampai la ni.

Kalau bukan Disney Jr Channel, tengok Oggy pulak. Kalau tak siaran TV, buka pula siri DVD Magic English. Sejak dah pandai tengok movie (walaupun bukan di panggung), disuruhnya kita buka DVD kartun. Paling dia suka Cars, Cars 2, Planes, Planes Fire N Rescue, lepas tu sekarang Transformers la pulak.

Back to the point, dah duduk dengan mak di JB, ada la 2 TV. Dapat pula siaran TV Singapore. Seperti a breath of fresh air, x takde la nak tengok Astro Channels yang selalu diulang-ulang tu.
Ada satu game show tu, The Chase memang best la. IQ game. 3 contestants lawan 1 Beast. Setiap players tu dikehendaki jawab soalan-soalan umum yang tiada topik khas.

Round pertama, peserta diberikan 1 minit untuk mengumpul duit. Setiap jawapan yang betul bernilai USD 5k. Duit yang terkumpul tu bawa masuk ke round ke 2.

$45K dalam bank dah tu, now 3rd contestant tengah kumpul duit
Dalam pusingan ini, peserta akan 1 lawan 1 dengan the Beast. Tujuannya nak masukkan duit dari round 1 tadi ke dalam bank sebelum Beast tu dapat kejar, hence the name, the Chase. Beast tu siapa pulak? Haaaa... Beast tu adalah seorang genius graduan dari Oxford University. Beast dapat kejar, burn gitu je la duitnya.

Duit masuk bank, dikumpulkan lagi bersama 2 peserta lagi. Kalau ketiga-tiga players tu berjaya bank kan duit dari pusingan ke 2 masing-masing, final chase, mereka bertiga compete la dengan Beast untuk dapat share duit dalam bank sama rata. Kalau dua je yang berjaya di round 2, dua orang je la berentap dengan Beast. Kalau sorang, sorang je la dengan Beast. Again, kalau Beast dapat kejar, burn la duit tu.

Macam complicated je kan? Hahaha... tak sebenarnya. Tapi sangat seronok tengok aksi mereka jawab soalan dengan pantas. (Saya pun memang suka dengan game shows yang macam ni).
Biasa la mesti ada jugak lakonan untuk jadikan game ni menarik. Suka tengok bila Beast tu jadi berlagak. Cakap besar bagai.

Gambar yang ada kat entry ni, yang badan besar, pakai blazer, haa... tu la the Beast.

The Beast
Sayang kat TV Malaysia takde game shows macam ni. Banyak yang takde pun. Kalau dulu saya suka Oprah, sekarang Ellen. Memang semua tengok TV Singapore. Dan game show Wheel of Fortune pun ada lagi. Dah 30 tahun dah game show tu. Pat Sajak dan Vanna White pun tak nampak berusia...

Untung la orang JB. Dapat tengok Channel Singapore...


Wednesday 5 November 2014

Omega Guard Shaklee | Rugi Kalau Tak Ambil

Entry semalam saya dah ceritakan tentang 5 makanan yang boleh diambil untuk menguatkan minda. Dan cara paling mudah adalah dengan pengambilan Omega Guard Shaklee.

Tapi bukan setakat itu je kebaikan yang diperolehi dengan pengambilan Omega Guard Shaklee secara konsisten. Banyak lagi khasiat-khasiat lain yang ada dalam kapsul minyak ikan terbaik dunia ni.


Apa yang Menjadikan Omega Guard Shaklee, Minyak Ikan Terbaik Di Dunia?

Seperti yang kita tahu, Omega-3 adalah asid lemak yang penting untuk tubuh manusia, yang perlu diambil menerusi diet harian kita. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak dapat ditukarkan kepada EPA dan DHA dengan efektif oleh badan.

Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, herring, mackerel) di perairan negara Jepun, dan ia bukannya diekstrak dari hati ikan.

Jika nak bandingkan Omega Guard Shaklee dengan produk-produk minyak ikan lain di pasaran, hanya Omega Guard Shaklee yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuklah EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Selain itu juga, untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan semulajadi, proses penyulingan proprietari tiga molekul dijalankan. Dengan proses ini juga, bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan yang seangkatan dengannya dapat disingkirkan.

Lihatlah betapa pihak Shaklee amat mengambil berat terhadap mutu minyak ikan yang dikeluarkannya. Macam ni punya gaya, memang saya tak rasa ragu-ragu nak berikan Omega Guars Shaklee untuk keluarga saya.


Takkan Omega Guard ni untuk Kuatkan Minda dan Menajamkan Ingatan je?

Eh... tak lah... Banyak lagi manfaat lainnya...

  • Boleh mengimbangi perubahan kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, memberikan kulit yang lebih licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok. Jadi tekanan darah tinggi boleh direndahkan dan peredaran darah akan lebih lancar. Selain itu boleh merendahkan kolestrol, mengawal obesiti dan sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Penyakit-penyakit seperti alahan kulit ke, asthma ke, bronkitis ke, dapat dikurangkan.
  • Kajian juga ada menunjukkan Omega-3 boleh menentang dan mencegah kanser seperti barah paru-paru, payudara, kolon dan juga barah prostat.
  • Omega-3 dapat memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) dan juga mencegah gout.
  • EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental. Jadi amat sesuai juga diberikan kepada kanak-kanak autism dan hyperactive
  • Ibu-ibu hamil dan menyusu juga boleh mengambil Omega Guard Shaklee. Ini kerana asid lemak Omega-3 dapat membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan juga bayi.


Wah!!! Banyak sungguh la manfaat dalam kapsul kecil ni. Rugi kalau anda tak ambil Omega Guard untuk diri sendiri dan juga keluarga anda.

Rugi jugak lah kalau tak nak grab peluang bulan ni. Shaklee buat dua tawaran Omega Guard yang jarang dilakukannya.
Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee


Tak nak kerugian??? Ketahui bagaimana. Hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan.

Monday 3 November 2014

5 Makanan Super Untuk Otak Lebih Sihat

Wah.... Asyik cerita pasal makanan je kan? Sebab nya saya memang suka makan dan suka shopping barang makan... Hari ni, entry saya berkisar kepada makanan yang dapat menjadikan otak lebih sihat dan insyaAllah, kita akan jadi lebih bijak. Lebih-lebih lagi pelajar veteran seperti saya.

Makanan Untuk Otak Sihat
Food for Brain

Sebagaimana yang kita semua tahu, otak kita merupakan organ yang penting dalam kehidupan seharian. Di dalam otaklah tempat di mana pusat segala perbuatan kita seharian. Tidak kira lah sama ada keputusan yang kita buat sehinggalah kepada sekecil-kecil pergerakan kita. Macam nak taip entry ni, guna otak kan juga nak gerakkan jari-jari untuk menekan kekunci keyboard.

Otak, seperti juga badan kita, memerlukan makanan yang dapat mengoptimumkan penggunaannya. Mari kita lihat apakah antara 5 makanan tersebut.


Pilihlah Bijirin Penuh (Wholegrain)

Seperti semua yang ada dalam badan kita, otak tidak boleh berfungsi tanpa tenaga. Dengan bekalan tenaga yang mencukupi, keupayaan untuk menumpukan perhatian dapat dilaksanakan tanpa ada sebarang gangguan. Bekalan tenaga ini adalah dalam bentuk glukos dalam darah yang dialirkan ke saraf-saraf otak.

Makanan Untuk Otak Sihat

Jadi apa yang perlu saya pilih??? Anda bolehlah memilih sumber bijiran penuh yang rendah indeks glisemik (GI) nya. Apa pentingnya makanan rendah GI ini?

Makan rendah GI membebaskan glukos secara perlahan-lahan ke dalam saluran darah, di mana akan membantu anda sentiasa alert sepanjang hari. Jadi pilihlah makanan 'brown' seperti brown cereal. wheatbran atau brown pasta.


Adakan Pesta Blueberry

Dr. Steven Pratt, pengarang buku Superfoods Rx: Fourteen Foods Proven to Change Your Life, menggelarkan blueberries sebagai "Brainberries". Hasil kajian yang dijalankan mendapati blueberries ini dapat menghalang stress yang berlebihan pada otak. Stress inilah yang membuatkan otak kita jadi lebih tua dan lebih mudah untuk kita menghidap Alzheimer (nyanyuk yang serius).

Makanan Untuk Otak Sihat

Selain itu, bukti daripada kajian yang dijalankan di Tufts University, US, mendapati dengan pengambilan blueberry akan dapat melambatkan kehilangan memori jangka pendek dengan efektif.


Makan Ikan yang Berminyak

Essential fatty acids (EFAs) tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia dan perlu diambil melalui pemakanan kita sehari-hari. Ikan-ikan laut dalam seperti salmon, sardin, ikan kembung dan ikan herring adalah kaya dengan Omega-3, yang merupakan EFA, yang mana sangat-sangat pentig untuk fungsi otak.

Makanan Untuk Otak Sihat

Omega-3 adalah baik untuk otak berfungsi dengan sihat, baik juga untuk jantung, kesihatan sendi. malahan kesihatan manusia secara amnya. Omega-3 juga mengandungi unsur-unsur anti-keradangan.


Minumlah Jus Delima

Makanan Untuk Otak Sihat

Buah delima menyediakan kebaikan-kebaikan antioksida, yang mana dapat menghalang otak dari terdedah dengan radikal bebas yang mana akan merosakkannya. Kalau rasa rajin nak makan buahnya yang berbiji-biji tu, boleh juga. Tapi pada saya minum jus lebih mudah...


Nikmati Coklat Gelap


Makanan Untuk Otak Sihat

Apa yang paling best??? Coklat la kan... Coklat gelap kaya dengan ciri-ciri antioksida, yang mana mengandungi stimulus semulajadi termasuklah kafien. Kita tahu kafien ini dapat meningkatkan daya pemfokusan dan menggalakan pengeluaran endorfin, yang dapat meningkatkan mood kita. Tapi jangan pula kita ambil dengan kuantiti yang melampaui batas. Ambil dengan kadar yang sederhana saja ye...


Nak jalan penyelesaian lebih mudah???

Saya cadangkan ambillah 3 biji Omega Guard Shaklee setiap hari. Dapat menjamin keperluan EFA kita dipenuhi setiap hari.

Bertepatan pula dengan promosi Shaklee bulan ni. Jangan lepaskan peluang. Double promo tau...

Makanan Untuk Otak Sihat

Makanan Untuk Otak Sihat


Pertanyaan lanjut mengenai produk Shaklee, hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan.

Sunday 2 November 2014

Panaderia Dessert House. Cafe Kuantan | Jangan Pergi!!!

Panaderia Kuantan
Panaderia Dessert House. Cafe Kuantan
Saya baru je abis baca buku cerita Heroes of Olympics, tetiba jumpa perkataan Spanish ni Panaderia... Dekat sebelah ofis Mr Hubby (Politeknik Metro Kuantan) ada satu kedai makan yang baru buka. Baru je... as in tak sampai setengah tahun pun lagi. PANADERIA Dessert House. Cafe, Kuantan. Apa maksud Panaderia tu? Ha.... saya terlupa pulak nak tanya kat owner dia masa borak-borak kat kedai hari tu. Tapi yang saya tau (dari buku Heroes of Olypmpics tu), panaderia bermaksud bakery...

Tempat makan ni, seperti namanya, memang banyak sangat dessert yang disediakan. Kalau anda masuk kat cafe ni, memang akan nampak display chiller dia, penuh dengan pelbagai dessert yang gojes-gojes... Bukan setakat gojes aje, rasanya pun tak menghampakan. Dessert yang disediakan biasanya saya lihat kat Masterchef je... Ada panna cotta (strawberry, blueberry, caramel dan chocolate). Ada caramel chocolate pudding (favourite anak bujang berdua), yang special sekali ada churros (mana nak cari kat Kuantan ni!!!) dan pelbagai kek dan dessert2 lain... Takkan saya nak cuba semua sekali hadap... Ish... Tomakninah tu...

Cafe ni bukan saja sediakan dessert semata-mata. Ada juga masakan-masakan melayu yang disediakan (bukan masakan kampung ye...). Pada kebiasaannyalah... cafe-cafe yang memfokuskan kepada dessert, jarang nak jumpa di'gu' kan sekali dengan masakan Melayu. Kebanyakannya dessert shop - makanan western...

Panaderia Kuantan
Mee Bandung Muar 5 Bintang di Kuantan

Baru aje kami dua kali ke sini. Masakan yang saya rekomen sangat-sangat kalau nak makan, Mee Bandung Muar dia... Saya bagi 5 bintang. Kat Kuantan ni, mana nak cari Mee Bandung yang pure pure mee bandung??? Semua Mee Sos je... Saya bab mee bandung ni memang cukup cerewet la. Maklum la... memang tekak orang Johor.

Panaderia Kuantan
Nasi Lemak
Kami juga dah try nasi lemak dan kuey teow sup dagingnya... Nasi lemaknya memang berlemak, Syabeel cuba sikit je, dah naik alergi dia (memang tak boleh makan santan budak tu...), sambal dia pun sedap. Kuey teow sup daging dia pun, ada umphhh!!

Sesungguhnya... Dessert-dessert dia memang totally gojes... Rambang mata nak pilih. Rasa pun memang kena la dengan kegojesannya... Layan gambar la dulu ye.. Nak tau best ke tak kena pergi rasa sendiri...

Panaderia Kuantan
Caramel Chocolate Pudding (dalam jar)
A slice of Cheesy Choc Fruity

Panaderia Kuantan
Panna Cotta Caramel

Panaderia Kuantan
Panna Cotta Blueberry

Yang tiada dalam gambar adalah the most special Churros. Dip dengan salty caramel sauce atau chocolate sauce... Mengancam weh... And Mr Hubby opt for Vanilla Bread Pudding (dia memang minat sangat ngan bread pudding, wife dia je yang tak pandai-pandai nak buat).

So... Kalau owner kedai ni ada terbaca entry ni, (Pn Lili and partner, Ria kan kalau tak salah...) jangan marah ngan tajuk ni... Sebab.. memang nak pesan pun kat siapa-siapa yang turut membaca entry ni... JANGAN PERGI cafe ni... Kalau tak tahan dengan godaan dessert-dessert yang saaaangat gojes dan yummylicious ni...

Datang sini selalu, nampak gaya memang kena sediakan Omega Guard Shaklee ni... Boleh kawal saiz pinggang ni... (Especially untuk saya yang sedang menyusu ni)... Untung lagi sebab bulan Nov ni, promotion Omega Guard...


Nak tau lanjut mengenai produk Shaklee, hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan.

Saturday 1 November 2014

Testimoni Vivix Shaklee | Memang Meletopsss

Vivix... Produk yang paling eksklusif keluaran Shaklee. Baru je hari tu saya tuliskan entry berkenaan Vivix. Kalau tak baca lagi, boleh tekan link sini.

Vivix Shaklee
Tonik ajaib untuk si Perokok Tegar

Entry kali ni pula, saya nak berikan testimoni yang saya kumpulkan. Termasuklah testimoni sendiri yang dah pernah saya publishkan. Kepada perokok-perokok tegar tu, kalau ada keinginan nak berhenti merokok, boleh baca kisah Mr Hubby saya di Vivix Shaklee: Perokok Tegar Jadi Malas Nak Hisap Rokok.

Berikut ini pula, adalah testimoni-testimoni yang telah saya kumpulkan. Jom baca...

Vivix Shaklee
Testimoni 1

Maknya yang dulu asyik baring, termenung dan diam. Selepas amalkan Vivix Shaklee, boleh dah dengar suara mak marah cucu dan bergurau dengan ayahnya. Malah sudah kuat berjalan.


Vivix Shaklee
Testimoni 2

Ibu diserang stroke. Badan sebelah kiri kaku dan tak boleh bergerak. Hari pertama ber Vivix - jari tangan dah bergerak. Hari kedua - kedua-dua kaki boleh bergerak. Dan selepas 7 hari ber Vivix, boleh bangun dan berjalan sendiri. Alhamdulillah...


Vivix Shaklee
Testimoni 3

Mertua ada kencing manis, darah tinggi, sakit lutut dan asma. Makan Vivix, Ahad. Khamis makan manis-manis. Jumaat pagi test gula, hanya 6.2.



Vivix Shaklee
Testimoni 4

Hanya selepas mengamalkan hampir sebotol Vivix yang dikongsi bersama suami, kulit wajahnya lebih bersih dan tampak begitu gebu. Bertuah la cik abang puan ni kan? Nampak lebih muda... Betul tak?


Vivix Shaklee
Testimoni 5

Sebelum Vivix, bacaan gula 29. Selepas konsisten Vivix dan ubat hospital selama sebulan, bacaan turun kepada 11. Alhamdulillah... Bukan itu je. Cuba lihat gambar, dah macam adik kakak. Tak percaya itu ibu dan anak.


Vivix Shaklee
Testimoni 6

Pelbagai jenis penyakit yang merbahaya. Darah tinggi, pendarahan dalam kepala, stroke separuh badan. sakit jantung. Alhamdulillah selepas dah 3 botol Vivix, kesihatan bertambah baik. Boleh berjalan, bawa motor ke masjid dan pasar. Tengok gambar tu... Siap boleh melayan cucu dah...


Tak payah cerita panjang-panjang lah kan... Boleh lihat sendiri testimoni mereka yang mengamalkan Vivix. Semoga mereka kekal sihat dan di bawah lindungan rahmat Allah sentiasa.


Inginkan pertanyaan lanjut mengenai produk Shaklee? Hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan.