Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Wednesday 2 March 2016

Kiddies School Trip

Last week, 25 Februari, Syabeel ngan Zhofeer ikut lawatan sekolah ke Balai Bomba Jalan Bukit Ubi. Syabeel pernah jugak ke lawatan sekolah tahun lepas semasa masih bersekolah di Johor Bahru. Lawatan ke KLCC. Jauh tu... 1st trip dah keluar jauh2. Ibunya lah yang anxious sangat. 1 hari suntuk biar anak jalan2 dengan kawan2 sekolah.

This year, Syabeel kira dah ok lah nak pergi lawatan, tapi ibu tetap anxious juga, sebab ini lawatan pertama Zhofeer. Macam mana agakknya anak yang sorang ni. Walaupun tak jauh, hanya dalam Kuantan je, anak2 memang tak pernah keluar dengan orang lain walaupun dengan aunties and uncles and atok2 tanpa diiringi ibu atau abi.

Seminggu sebelum pergi trip ni lagi, budak berdua ni excited bercerita. Nak pergi bomba, nak tengok fire truck, nak main air... balik2 rumah je, tak de nak cerita banyak pun. Memang peel depa gini kot.. ada mood baru depa nak citer.

Layan gambar2 depa je  la yek...

Ada Syabeel, Zhofeer mungkin tak takut sangat kot... kan?

Syabeel jadi model. Tau pun lepas tengok gambar ni... Dia tak cerita pun.

Panjang rambut Zhofeer. Dah nampak macam gegirl dah...

My little fire fighter, Syabeel

Macam mana cikgu2 layan kerenah Zhofeer ni...

Till later...

Toodle..

Sunday 28 February 2016

4 Ramuan Hebat: Rahsia Kehebatan VIVIX Shaklee

Sebelum ini saya dah beberapa kali bercerita pasal VIVIX (boleh baca di sini, di sini, di sini
dan di sini), tapi masih banyak lagi yang masih belum saya kupaskan.  Post kali ni, saya nak terangkan mengenai 4 ramuan hebat yang membuatkan VIVIX ini satu produk yang hebat dan eksklusif dari Shaklee.

4 Ramuan Hebat: Rahsia Kehebatan VIVIX Shaklee
4 Ramuan Hebat: Rahsia Kehebatan VIVIX Shaklee


Ramuan 1 | Anggur Muscadine

  • Anggur Hebat atau Super Grapes ini adalah satu-satunya anggur yang mempunyai 20 kromosom, yang sangat jarang ditemui (anggur biasa yang lain hanya mempunyai 19 kromosom). Ahli sains percaya lebihan kromosom yang dimiliki oleh anggur Muscadine ini menjadikan ia lebih banyak faedah dan khasiat untuk kesihatan.
  • Berbanding dengan anggur lain, anggur muscadine mempunyai 2 kali ganda vitamin C. Saiz buahnya juga jauh lebih besar dan boleh mencapai sehingga sebesar bola golf. 40% dari beratnya adalah daripada kulitnya sahaja. Harga sebiji anggur muscadine boleh mencapai RM100 sebiji.
    4 Ramuan Hebat: Rahsia Kehebatan VIVIX Shaklee
    Anggur Muscadine berbanding anggur biasa. Besarkan???
  • Mengandungi 6 kali ganda resveratrol. Resveratrol adalah kandungan yang terdapat dalam kompaun tumbuhan yang dipanggil sebagai polyphenol. Kompoun ini mempunyai antioksidan yang sangat tinggi.
  • Anggur muscadine mengandungi antioksidan yang tinggi dan phythochemical yang membantu untuk melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Menurut Harvard School of Public Health, apabila kita memakan makanan yang kaya dengan antioksidan, terbukti kita dapat turunkan risiko mendapat penyakit jantung, kanser, Alzheimer's (nyanyuk) dan penyakit kronik lain.
  • 35 biji anggur muscadine sehari = 14 mg antioksidan (23% nilai harian yang dicadangkan untuk diet 2000 kalori).
  • Menurut Journal of Agricultural & Food Chemistry, anggur muscadine merupakan sumber terbaik untuk asid ellagik. Jumlah kepekatan asid ellagic yang tinggi dalam anggur muscadine tidak ada pada mana-mana anggur lain. Asid ini mampu untuk menyekat penghasilan sel kanser (American Institute of Cancer Research).
  • Juga merupakan sumber serat yang terbaik. 35 biji = 105 kalori = 7 g serat. Bijinya yang boleh dimakan dan kulit yang tebal, anggur ini tinggi dengan kandungan serat larut. Bahan ini yang membantu proses penghadaman dan dapat mencegah sembelit dan buasir.


Ramuan 2 | Purple Carrot

  • Warna ungu pada lobak ini adalah disebabkan oleh kompoun antioksidan yang dikenali sebagai anthocyanin. Kajian menunjukkan anthocyanin mempamerkan banyak aktiviti biologi termasuklah anti radang, anti mirobial dan anti carnicogen. Kompoun ini juga memberi kesan kepada saluran darah, platelet dan berkebolehan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Sama seperti anggur muscadine, sifat anti oksidan purple carrot ini juga berfungsi untuk melawan serangan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel secara kekal dan penyakit2 kronik seperti kanser, serangan jantung dan mengurangkan kolestrol.
    4 Ramuan Hebat: Rahsia Kehebatan VIVIX Shaklee
    Purple Carrot yang kaya dengan antioksidan
  • Dengan menambahkan kompoun anthocyanin ini dalam diet harian, ianya boleh membantu untuk menurunkan paras kolestrol jahat (LDL), di samping dapat membantu melindungi sistem saraf terutamanya dalam otak yanf sangat mudah rosak akibat proses oksidasi. 
  • Purple carrot juga mempunyai serat yang tinggi yang bermanfaat dalam membantu penghadaman dan membantu untuk menyerap nutrien dengan lebih cepat. Serat yang terkandung dalam purple carrot ini, mudah larut dan menyerap air dalam saluran penghadaman dan membentuk kandungan seperti gel. Bila kandungan ini melalui saluran penghadaman, ia sekaligus dapat membantu menurunkan kolestrol dan menstabilkan paras gula dalam darah.
  • Dapat membantu tubuh untuk melawan serangan kanser, jantung, diabetes, SLE, arthritis dan sakit buah pinggang.


Ramuan 3 | Elderberry

  • Manfaat utama elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu terutama sekali influenza B. 
  • Mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat yang mana dapat mengukuhkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.
  • Selain kuatkan imun badan, elderberry dan ekstraknya berkesan terhadap jangkitan yeast, asthma, batuk, sesak hidung, dada dan diabetes. Ianya juga membantu merendahkan tahap kolestrol dan menghalang proses oksidasi kolestrol LDL (oksidasi LDL dianggap sebagai satu sebab utama berlakunya penyakit kardiovaskular).
    4 Ramuan Hebat: Rahsia Kehebatan VIVIX Shaklee
    Berkesan dalam membantu kurangkan simptom flu
  • Juga sangat kaya dengan sebatian anthocyanin yang memberi kesan anti radang yang mana dapat mengurangkan simptom sakit otot dan sakit atau demam yang berkaitan dengan selesema atau influenza.
  • Mampu melawan simptom selesema, kurangkan kahak dan juga pembengkakan saluran pernafasan. Menurut kajian dalam Journal of International Medical Research, pesakit yang diberi sirap elderberry sembuh 4 hari lebih cepat dari mereka yang tidak diberikan sirap. Ujian makmal juga menunjukkan elderberry mampu mencegah jangkitan selesema burung.
  • Elderberry mampu memberikan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular atau jantung termasuklah strok. Selain itu dapat mengurangkan stress dan memperbaikan sistem penglihatan dan juga penghadaman.


Ramuan 4 | Japanese Knotweed

  • Tumbuhan yang berasal dari Asia ini merupakan sumber komersial resveratrol. Ianya mempunyai banyak manfaat kesihatan dan boleh diguna untuk merumuskan supplemen anti penuaan
  • Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal untuk menentukan manfaat resveratrol. Mereka telah menyimpulkan bahawa resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.
    4 Ramuan Hebat: Rahsia Kehebatan VIVIX Shaklee
    Japanese Knotweed yang kaya dengan resveratrol
  • Japanese Knotweed ini juga seperti ramuan-ramuan lain dalam VIVIX, mengandungi antioksidan yang mampu untuk mencegah penyakit-penyakit kronik. Resveratrol di dalamnya mempunyai kesan pencegahan terhadap kanser.
  • Resveratrol yang terkandung dalam Japanese Knotweed ini telah menggalakkan satu fenomena yang dikenali sebagai French Paradox. French Paradox merujuk kepada kes penyakit jantung yang sangat rendah di Perancis, sedangkan di Perancis, rakyatnya banyak mengambil diet yang sangat tinggi lemak tepunya dan mempunyai peratusan perokok yang tinggi. 
  • Ini adalah kerana orang Perancis mendapat sumber resveratrol yang tinggi melalui pengambilan wain merah yang mana resveratrol yang terkandung di dalamnya boleh memberikan perlindungan kepada sistem kardiovaskular.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini mengenai VIVIX, tonik ajaib dari Shaklee?

VIVIX merupakan satu produk Shaklee yang sangat tinggi dengan kandungan anti oksidannya dan kaya dengan sumber resveratrol. Jadi sangat bagus untuk diambil oleh mereka yang mementingkan kesihatan dan mereka yang ingin sentiasa kelihatan awet muda.

InsyaAllah, di post2 akan datang, akan saya belanjakan dengan testimoni mereka yang telah berpuas hati dengan VIVIX. Dari mereka yang melawan kanser, diabetes, tekanan darah tinggi, strok dan juga mereka yang nak awet muda.

Apa lagi, kalau nak tau dengan lebih lanjut lagi mengenainya, boleh hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
ID No: 885854
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamm@gmail.com

Jangan segan-segan.

Friday 26 February 2016

Back To School

Assalamualaikum...

Lambat post ni keluar. Tengah serabut banyak benda sekarang ni. Tak dapat nak cerita semua sekarang ni. So, baik cerita yang happy happy je la.

2nd February, hari anak2 kesayangan ke sekolah, (tak tau berapa lama boleh sekolah kat Kuantan ni). Lambat naik bot sikit mereka ni. Syabeel dah biasa pergi school, so dah cool la, lagipun dah jadi senior kat sekolah. Zhofeer pulak baru nak start pergi sekolah. Tak biasa kena tinggal, haru biru lagi sampai sekarang nak pergi sekolah. Start dari rumah sampai masuk sekolah, menangis tak henti.

Back To School
Sebelum ke sekolah.
Syabeel mmg xcited, Zhofeer happy lagi time ni sebab belum kena tinggal.


Disebabkan kehidupan kebelakangan ini belum stabil, pemilihan sekolah anak2 pun diutamakan sangat2 yang berdekatan dengan rumah. Boleh jalan kaki je nak hantar dan ambil. Cuma sebulan ni, waktu pagi itu masih memerlukan khidmat Abi budak2 ni nak hantar ke sekolah. Zhofeer masih lagi dalam fasa menangis dia. Balik ke rumah lepas pukul 12.30 tgh, boleh la jalan kaki. Bawa sekali Farheen dan tok teh pergi ambil mereka. Syabeel pergi pra-kafa sessi petang, nak naik basikal, jadi kena la ibu jalan kaki menghantar dan mengambilnya. Masuk 2.30 ptg, balik nanti pukul 5.00 ptg. 

Back To School
Depan School, Tadika Ilmua JuniOR, KotaSAS.
Belum dapat uniform.

Tadika mereka ni tadika berkonsepkan islamic. Tadika Ilmuan JuniOR (TIJ), di bawah tanggungjawab Akademi Al-Fateh. Yuran pendaftaran pada awal tu memang makan ribu juga la (tapi... semua tadika pun dah ribu riban kan sekarang ni), yuran bulanan tak la mahal sangat. Untuk tadika je macam Zhofeer, bulanan hanya RM200, Syabeel, RM280 (sebab petang ada pergi pra-kafa). Kalau nak transit, lain pulak harga dia. Yuran mereka ni, termasuk dengan makan tengah hari mereka. So, mereka balik rumah 12.30 tu mereka dah siap makan kat sekolah. Tak tau la dengan orang lain, setakat sekolah tadika yang saya cari, tadika ni je yang sediakan makan tengah hari untuk semua pelajar. Dengan bayaran RM 200 dan RM280 tu, murah sangat dah rasanya kalau disediakan makan tengah hari kan?

Nanti la kita sambung cerita lain kali. Nak kena siap2kan Syabeel nak mengaji petang ni. 

Toodle...