Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Friday 3 March 2017

Kekejangan Otot Ketika Mengandung: 4 Cara Mudah Mencegahnya

Kekejangan otot adalah di antara masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita yang mengandung. Boleh dikatakan 1 daripada 2 wanita yang mengandung akan mengalami masalah ini. Kebiasaannya kekejangan otot ini boleh dirasai di bahagian bawah tubuh, terutamanya bada bahagian betis.

Kekejangan Otot Ketika Mengandung: 4 Cara Mudah Atasinya


Kekejangan Otot

Kekejangan otot adalah keadaan di mana otot atau kumpulan otot akan menguncup dengan tiba-tiba. Dan kebiasaannya terjadi pada waktu malam. Sewaktu hamil, kekejangan otot boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh, tetapi kebanyakkan wanita akan merasainya pada bahagian kaki.


Bagaimana Mengenalinya?

  • Rasa tegang seperti 'menarik' pada otot
  • Biasanya berlaku secara tiba-tiba
  • Diiringi oleh rasa sakit yang amat

Apa Penyebabnya?


  • Kaki terpaksa menampung berat yang bertambah 
  • Pengambilan air yang tidak mencukupi
  • Perubahan pada sistem peredaran darah
  • Tekanan pada otot
  • Kurangnya mineral seperti potassium, kalsium atau magnesium


Bagaimana Mengatasinya?

Sekiranya anda ingin mengurangkan rasa sakit ketika diserang dengan kekejangan otot ini, anda boleh melakukan salah satu dari cara berikut:
  • Lakukan urutan ringan pada bahagian yang sakit
  • Regangkan otot
  • Apply sedikit rasa panas dengan menggunakan pad pemanas
  • Apply sedikit rasa sejuk dengan menggunakan ice pack bagi mengurangkan rasa sakit
Bergantung kepada individu, mungkin ada yang merasakan urutan panas pada bahagian yang sakit lebih berkesan daripada urutan sejuk. Terpulang pada keselesaan masing-masing.


Bagaimana Untuk Mencegahnya Dari Berulang atau Mengurangkan Frekuensi Serangan?

  • Pastikan minum air dengan secukupnya untuk kekal terhidrat.
  • Sekiranya anda ingin keluar shopping dalam waktu yang lama, atau ingin bersukan, pastikan anda melakukan light stretching atau regangan dengan betul.

Kekejangan Otot Ketika Mengandung: 4 Cara Mudah Mencegahnya
  • Makan makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi harian. Pengambilan buah-buahan yang tinggi potassium, seperti kiwi atau pisang adalah satu cara yang amat baik untuk mendapatkan sumber nutrisi yang diperlukan.

Kekejangan Otot Ketika Mengandung: 4 Cara Mudah Mencegahnya
  • Ambil supplement prenatal yang mengandungi kalsium, potassium dan magnesium. Hanya 4 biji tablet sehari, Ostematrix dari Shaklee dapat membekalkan nutrien yang anda perlukan. 

Saya sesekali tidak akan cadangkan sesuatu yang saya sendiri tak pernah cuba. Selama mengandung memang saya tak tinggalkan ostematrix ni. Alhamdulillah, jarang kena cramps ketika itu. Tidak seperti 2 pregnancy sebelum tu. Sebab masa tu tak kenal dan tak berjinak lagi dengan Shaklee. Sekarang, walaupun tak mengandung, vitamin ni memang saya tak pernah tinggal. Antara vitamin yang wajib ada di rumah.

Bagi mereka yang dah rasa sakitnya cramps ni, selalu pula kena, apa kata laburkan sedikit wang anda untuk rasa sendiri kesannya. Tak cuba tak tau kan...

Hubungi saya untuk dapatkannya.

FB: Masherna Mustafa
ID: 885854
Phone No: 019.987.3748
COD: Kuantan dan sekitarnya
POS: Seluruh Malaysia

Supplemen Ibu Hamil Yang Lengkap: Semulajadi Dan Berkesan

Ibu hamil memerlukan diet yang sangat seimbang bagi memastikan kesihatan bayi yang bakal dilahirkan. Selain dari amalan pemakanan yang sihat, ibu hamil juga disarankan untuk mengambil supplement bagi melengkapkan keperluan nutrisi. Klik di sini untuk membaca sendiri pandangan pakar sakit puan yang terkenal.


Supplemen Ibu Hamil Yang Lengkap: Semulajadi Dan Berkesan


Kenapa Shaklee? Kerana vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi yang tiada pewarna, tiada bahan tiruan dan paling penting berkesan.



Supplemen Ibu Hamil Yang Lengkap Shaklee


1. Energizing Soy Protein (ESP)
2. Vitalea
3. B Complex
4. Vitamin C
5. Ostematrix
6. Omega Guard


Supplemen Ibu Hamil Yang Lengkap: Semulajadi Dan Berkesan

Energizing Soy Protein (ESP)



  • Protein yang sangat berkualiti. Tidak diubah genetiknya.
  • Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel dalam badan.
  • Memberikan tenaga tatkala dalam fasa morning sickness.
  • Membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
  • Keperluan protein semasa hamil adalah sangat penting bagi membantu pertumbuhan janin, menghasilkan susu dan unutk membantu aliran darah si ibu.

Supplemen Ibu Hamil Yang Lengkap: Semulajadi Dan Berkesan

Vita-Lea Iron Formula

  • Multivitamin yang pertama tercipta di dunia.
  • Ibu tidak perlu lagi mengambil obimin. 
  • Pelengkap nutrisi yang diperlukan oleh badan.
  • Dengan dilengkapi oleh formula zat besi (iron), ibu yang mempunyai masalah mudah pitam atau anemia tidak perlu risau lagi.

B Complex with Folic Acid

  • Vitamin B Complex Shaklee adalah sangat unik kerana mengandungi 8 komponen penting vitamin B. 
  • Dilengkapi juga dengan asid folik yang sangat penting untuk pembinaan tulang dan mengelakkan kecacatan pada janin.

Supplemen Ibu Hamil Yang Lengkap: Semulajadi Dan Berkesan

Sustained Release Vita-C Plus

  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh dengan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan.
  • Dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Ostematrix

  • Lebih dari sekadar kalsium. Juga diformulakan dengan magnesium dan vitamin D.
  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan tulang bayi.
  • Magnesium pula berfungsi untuk menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.
  • Sementara Vitamin D pula membantu untuk merangsang penyerapan kalsium.
  • Kalsium menghalang osteoporosis, memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas yang selalu berlaku kepada ibu hamil.
  • Ini adalah kerana, janin dalam kandungan menyerap kalsium daripada ibu untuk membentuk tulang dan gigi, Sekiranya pengambilan kalsium ibu tidak mencukupi, besar kemungkinan si ibu akan mudah mengalami osteoporosis dengan lebih cepat.


Omega Guard

  • Boleh dimulakan pengambilan pada trimester kedua. 
  • Omega Shaklee mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk pertumbuhan otak dan mata bayi.
  • Selain itu, ianya dapat membantu mengawal kolestrol si ibu yang mengamalkannya.

Setelah melalui tiga pregnancy, yang pertama, masih tidak mengenal Shaklee, yang kedua hanya set yang bajet dan pregnancy ketiga, memang sepenuhnya dengan supplement ibu hamil yang lengkap ini. Banyak perbezaan yang dapat saya rasai dengan set lengkap ini. 

Rasai sendiri kebaikannya, dan lihat sendiri kesannya kepada diri anda dan bayi. Jangan bertangguh lagi. Berikan yang terbaik untuk diri dan zuriat anda.


Hubungi saya untuk mendapatkan set anda sekarang.

FB: Masherna Mustafa
ID No: 885854
Phone No; 019.987.3748
COD: Kuantan dan kawasan berdekatan
Postage: Seluruh Malaysia

Wednesday 1 March 2017

5 Tips Mudah Ibu Hamil Kumpul Pahala Untuk Ke Syurga

Assalamualaikum wbt.. dan salam sayang semua...

Sebagai seorang wanita, kita sangat bertuahkan? Banyak diperkatakan dalam Al-Quran tentang istimewanya kita. Betapa kita mudah untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang kita nak, tapi... mudah juga untuk kita terjerumus dalam neraka. Nauzubillah hi min zalik... Salah satu keistimewaan kita, sebagai wanita, kita boleh hamil. Membesarkan satu nyawa dalam rahim, satu nikmat yang tidak terhingga kan?

Saya kongsikan di sini 5 Tips Mudah Ibu Hamil Kumpul Pahala Untuk Ke Syurga. So... macam mana ye, kita nak kumpul sebanyak-banyak PAHALA semasa kita hamil? Masa hamil ni, kita boleh guna untuk kutip segala PAHALA... (maklumlah, kita suci dari haid sehingga 9 bulan 10 hari kan)... :D


5 Tips Mudah Ibu Hamil Kumpul Pahala Untuk Ke Syurga


Tips 1: Memperbanyakan Syukur

Syukur! Syukur!! Syukur!!! Syukur atas anugerah bayi dalam kandungan yang Allah berikan kepada kita. Buatlah amalan-amalan yang Allah suka; seperti mendalami ilmu agama, ikut majlis ilmu, bersedekah, dan sebagainya.


Tips 2: Memulakan Proses Tarbiyah Kepada Bayi

Ibu yang hebat, akan melahirkan anak yang hebat. Sudah banyak terbukti dalam sejarah Islam. Para ulama yang disegani lahir dari rahim ibu yang hebat. Waktu hamil ini, bakal ibu dan ayah perlu menjaga perilaku yang mulia. Jagalah solat, buatlah diawal waktu, banyakkan baca Al-Quran, dan juga ibadah-ibadah lain yang memberi kesan positif pada bayi dalam kandungan.


Tips 3: Kawal Emosi

Sudah pastinya, saat hamil, emosi seorang ibu macam roller coster. Betul tak? Bakal ibu perlu bijak mengawal emosi pada waktu ini kerana besar kemungkinan akan mempengaruhi janin yang dikandung. Jadi kalau time rasa down, cepat-cepatlah kita beristighfar dan banyakkan berzikir serta berfikiran positif.


Tips 4: Elakkan Perbuatan Yang Syirik

Kuatkan diri dengan ajaran Islam. Jangan dekati perbuatan syirik yang mencari perlindungan selain dari Allah. Ingat tu... Walaupun perbuatan itu atas nama adat, tradisi atau sebagainya. Percayalah... Hanya Allah yang perlu kita pohon pertolongan. Segala apa yang ada pada kita, Allah yang beri. Dia yang bagi sakit, Dia juga yang sembuhkan... Dia yang berikan masalah, Dia juga yang boleh keluarkan kita dari masalah tu.


Tips 5: Jaga Pemakanan

Carilah makanan yang kita yakin halal. Ambil makanan yang seimbang, yang cukup zat dan nutrisi. Ibu mengandung, orang kata, makan untuk berdua... Jangan hanya lebihkan kuantiti makanan. Lebihkan juga nutrisi untuk tumbesaran janin dalam rahim. Ibu yang sihat, InsyaAllah... akan melahirkan bayi yang sihat juga.

Takkan kita nak bagi yang second best untuk zuriat kita, ye tak? Mesti kita nak yang terbaik serba-serbinya untuk si comel kan?


Nak cari produk Shaklee? Boleh aje hubungi saya ye...

Masherna Mustafa
885854
019.987.3748
Kawasan Kuantan dan sekitarnya